Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

  

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


SEMAKAN CONSENT
MELALUI APLIKASI


MAKLUMAT LANJUT

URL


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Cadang bina hospital di Sepang bagi kemudahan penduduk

BERITA SELANGOR |     | 15 September 2018

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG, 15 SEPT: Kerajaan Negeri mencadangkan satu tapak lokasi bagi pembinaan hospital untuk mengatasi masalah ketiadaan kemudahan itu, di daerah ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tapak lokasi berhampiran Kem Bina Negara Tanjong Rhu itu bagi memenuhi keperluan orang ramai khasnya masyarakat tempatan, selain meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, di Selangor.

“Kerajaan Negeri tiada halangan dan mencadangkan satu kawasan bagi pembinaan hospital di daerah ini dan berharap Kerajaan Persekutuan membantu serta menyalurkan peruntukan bagi pembinaannya.

“Dianggarkan pembinaannya membabitkan kos lebih kurang RM300 juta,” katanya kepada media selepas lawatan ke tapak cadangan, di sini.

Acara itu ialah salah satu program dalam siri Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar ke daerah Sepang, semalam.

Beliau berkata, bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan, penduduk di sini terpaksa menuju ke hospital Seremban, Cyberjaya dan klinik swasta di Nilai.

Bagaimanapun, katanya, terdapat hampir 500 laporan merujuk penduduk di sini mengunjungi hospital Seremban bagi tujuan berkenaan.

“Berdasarkan peruntukan tinggi bagi pembinaan hospital di sini, kita juga menilai dan memberi keutamaan kepada daerah lain seperti di Sabak Bernam, Kapar dan Hulu Selangor.

“Ia antara titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kita meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Selangor,” katanya.

 


Kemaskini pada 2018-10-22 17:06:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim Peta Laman

Hakcipta © 2019 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss           
Jumlah Pelawat : 530242 Tarikh Kemaskini : 20-11-2019