Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

1akses  

selangorku

Web Mobil [ x ]

qrcode
KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PD SEPANG
KLIK DI SINI

 

Perutusan Pegawai Daerah

 

PERUTUSAN

PEGAWAI DAERAH SEPANG

 

                                                              

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

             Terima kasih kerana mengunjungi laman web Pejabat Tanah/Daerah Sepang.     Laman ini bukan sahaja menyediakan panduan untuk berhubung dengan Pejabat Tanah/Daerah Sepang tetapi juga memberikan maklumat pembangunan masa depan, peluang pelaburan, pusat-pusat pelancongan, rekreasi dan sebagainya. Daerah Sepang yang dahulunya merupakan sebuah daerah yang terpencil di Selangor, kini telah bertukar menjadi sebuah daerah yang terunggul, dinamik, penggerak dan nadi kegiatan ekonomi negeri khususnya dan negara amnya.

             Daerah Sepang terkenal kerana kewujudan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya, Formula one, Koridor Raya Multimedia (MSC), Sepang GoldCoast, Selangor Science Park 2, Universiti dan Pusat Pengajian Tinggi.

             Misi menjadikan Sepang antara daerah yang termaju dengan infrastruktur canggih akan dapat merancakkan lagi pembangunan sosio ekonomi di daerah ini. Di samping projek-projek mega yang sedia ada, pelbagai projek kini sedang dalam pembinaan dan perancangan seperti pembangunan persisiran pantai dan pelbagai jaringan jalan/lebuhraya yang pasti akan menempatkan nama Sepang di dalam peta dunia. Sepang satu daerah yang terunggul dewasa ini dan mampu menawarkan pelbagai peluang pelancongan, pelaburan, pekerjaan yang terbaik dan membanggakan.

              Kami, warga kerja di Pejabat Tanah/Daerah Sepang amat berbangga menjadi sebahagian daripada penggerak pembangunan ini dan kami berharap dapat memberikan yang terbaik untuk anda semua.

 

 Terima kasih.

 

 

PUAN ROSLINAH BINTI MD JANI
 

PEGAWAI DAERAH SEPANG

 

" SEPANG NADI PENGGERAK PEMBANGUNAN NEGERI & NEGARA "

 

 

Kemaskini pada 2016-09-28 15:01:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim | Peta Laman

Hakcipta © 2013 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss  mobile    mail       
Jumlah Pelawat : 231925 Tarikh Kemaskini : 21-09-2017