Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

1akses  

selangorku

Web Mobil [ x ]

qrcode
KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PD SEPANG
KLIK DI SINI

 

Sejarah Daerah Sepang



 

SEJARAH DAERAH SEPANG


 

Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan;
bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar
Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk seperti hulu sebatang keris,
memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban disempadan sebelah timur
sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul. Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah Petaling menjadikan
jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.

 

Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang.
Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasam-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil).
Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975 . Semasa
awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilihDaerah Sepang untuk
menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke BandarBaru Salak Tinggi (BBST)
pada 26 Ogos 1983 . Bandar Baru Salak Tinggi juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Tebang (Airport City). Bandar Baru Salak Tinggi seluas 896 hektar sedang
giat dibangunkan terutama melalui penswastaan supaya ianya menjadi setaraf serta mampu menyokongi projek-projek daerah lain. Selain daripada bangunan
kerajaan, banyak kawasan-kawasan perumahan baru telah dibina dan kilang-kilang dibuka. Bandar ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan awam yang
diperlukan oleh rakyat seperti perpustakaan, kolam renang dan sebagainya.


Jaringan jalanraya di dalam Daerah Sepang juga telah bertambah dan akan dipertingkatkan. Ia terdiri daripada Lebuhraya Elite di bahagian barat, Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban
di bahagian timur dan Lebuhraya B20 di pertengahannya. Sistem ini kelak akan dipertingkatkan lagi dengan jalanraya-jalanraya baru seperti South Klang Valley Expressway, Dedicated Highway,
Putrajaya Urban Motorway dan Lebuhraya B15 baru. Disamping itu, Daerah Sepang juga dilengkapi dengan Sistem keretapi Ringan (Express Rail Link - ERL) yang telah siap dibina untuk menghubungi
Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini adalah perlu bagi menampung projek-projek mega
supaya pembangunan di sekitar Daerah Sepang akan terus berjalan lancar.

 

Kemaskini pada 2014-01-02 16:59:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim | Peta Laman

Hakcipta © 2013 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss  mobile    mail       
Jumlah Pelawat : 254355 Tarikh Kemaskini : 25-11-2017