Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

1akses  

selangorku

Web Mobil [ x ]

qrcode
KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PD SEPANG
KLIK DI SINI

 

Sultan Sharafuddin rasmi Penutup Tilawah dan Menghafaz Selangor

BERITA SELANGOR |     | 13 MEI 2017
 

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 11 MAC: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya di sini secara rasmi melabuhkan tirainya malam tadi.

Perasmian penutup majlis yang dilangsungkan sejak Isnin lalu itu disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain merasmikan penutupan majlis, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada para peserta.

Mengiringi pasangan diraja itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Terdahulu, seramai 20 peserta tilawah dan 43 peserta hafazan Al-Quran yang mewakili daerah-daerah di Selangor telah memperdengarkan bacaan masing-masing.

Barisan hakim dalam ulasannya menyifatkan keseluruhan peserta qari dan qariah tilawah kali ini berada pada tahap yang baik dalam bidang-bidang penghakiman iaitu tajwid, fasohah, tarannum dan suara.

Peserta kategori tilawah, Nor Ruzana Natiah Jaafar dinobatkan sebagai peserta tilawah terbaik selepas berjaya mengutip 95 markah.

Manakala peserta hafazan bagi kategori lelaki 1 hingga 30 juzuk, Muhammad Zul Akmal Abd Laatif pula mengutip 97.83 peratus sekaligus dinobatkan sebagai peserta hafazan terbaik.

Kedua-dua pemenang itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan, pakej umrah dan sepersalinan pakaian.

=EZY=

 

 

*Sumber Gambar dari Majlis Perbandaran Sepang  


Kemaskini pada 2017-04-20 10:31:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim | Peta Laman

Hakcipta © 2013 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss  mobile    mail       
Jumlah Pelawat : 231926 Tarikh Kemaskini : 21-09-2017