Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

1akses  

selangorku

Web Mobil [ x ]

qrcode
KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PD SEPANG
KLIK DI SINI

 

PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH/ TANAH SEPANG BULAN JANUARI 2017

                                        Tarikh:       26 JANUARI 2017 (KHAMIS)

                                        Tempat:     BILIK SEMINAR PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG           

Pada 26 Januari 2017 (Khamis) Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang bagi bulan Januari yang dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan telah diadakan di Bilik Seminar Pejabat Daerah/Tanah  Sepang. 

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, bacaan ikrar dan lagu Keroncong Selangor yang diketuai oleh Kumpulan Koir daripada Bahagian Khidmat Pengurusan.

Seterusnya, ucapan daripada Pegawai Daerah Sepang dan sesi “Knowledge Sharing” berkenaan Bajet Persekutuan dan Bajet Negeri Selangor disampaikan kepada seluruh kakitangan.

Majlis Perhimpunan diteruskan dengan perasmian Sistem e-Surat oleh Puan Pegawai Daerah Sepang. Seterusnya perasmian banner penyokong Kelab Sukan dan Kebajikan dan penyerahan bendera kepada pengurus bagi Sukan PETANDA Negeri Selangor yang akan diadakan sepanjang tahun 2017. Majlis diakhiri dengan sambutan hari jadi kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari.

 


Kemaskini pada 2017-02-13 12:14:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim | Peta Laman

Hakcipta © 2013 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss  mobile    mail       
Jumlah Pelawat : 254355 Tarikh Kemaskini : 25-11-2017