Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

  

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Berkayuh keliling dua kampung asnaf

SINAR HARIAN

Berkayuh keliling dua kampung asnaf

NURUL FIRDAUS KHAIRI 

17 April 2016

Ahmad Yunus (tengah) turut menyertai aktiviti kayuhan sejauh enam kilometer di dua perkampungan asnaf di Dengkil.

DENGKIL - Lebih 50 peserta Kayuhan Kampung Kesayanganku bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengelilingi dua kampung asnaf di Dun Dengkil, semalam.

Kayuhan sepanjang enam kilometer itu menelusuri Desa Kasih Dengkil dan Desa Al-Mansuriah, Kampung Semarang Tengah sekali gus menjadi medium menyampaikan bantuan barangan dapur daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 20 penerimanya.

Program bermula kelmarin itu juga bertujuan mendekati insan memerlukan, selain menggalakkan kehadiran pengunjung memeriahkan Karnival Kampungku Kesayanganku di Pekan Dengkil, Sepang.

Pada program sama, lima pasangan termasuk empat daripadanya masyarakat Orang Asli dinikahkan berwalikan hakim dan diraikan dalam Majlis Raikan Cinta serta kenduri rakyat, semalam.

Ahmad Yunus berkata, setiap daerah di Selangor bakal menerima peruntukan RM50,000 melalui pelancaran Kelab Anak Muda Islam Masjid bagi melaksanakan pelbagai program dalam sebuah tempat atau bilik khas.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan bersama pejabat agama Islam daerah untuk mengenal pasti lokasi cadangan contohnya mewujudkan mini perpustakaan di dalamnya.

“Boleh jadi kita sediakan kabin atau satu sudut khas di masjid... kita akan ubah suai tempat tu mengikut permintaan dan keselesaan, termasuk menyediakan penghawa dingin, kerusi serta meja.

“Buat masa ini, kita cadang akan mulakan projek itu selewat-lewatnya selepas Aidilfitri dan keutamaan di kawasan-yang pernah menjadi tuan rumah Program 3K ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Khidmat Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berpuas hati apabila program yang dihadiri lebih 800 pengunjung itu berjalan lancar.

"Kita menyokong supaya Program 3K ini diteruskan pada masa depan," katanya.


Kemaskini pada 2016-09-05 15:11:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim Peta Laman

Hakcipta © 2019 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss           
Jumlah Pelawat : 638103 Tarikh Kemaskini : 19-09-2020