Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

  

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Sepang, Kuala Langat alami gangguan air malam ini

WARTAWAN SINAR HARIAN | 14 mac 2016

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 kawasan di Sepang dan 19 kawasan di Kuala Langat, Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam tadi hingga 9 pagi esok (15 Mac).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata ia berikutan kerja pembaikan paip sepanjang Sepang ke Kuala Langat.

Kawasan yang terlibat di Sepang ialah Taman Sri Bayu; Sungai Belangkan; Bagan Lalang; Pengkalan Manggis; Bukit Bangkong; Ulu Chuchoh; Taman Telok Merbau; Gold Coast; Sungai Rawang dan Tanjung Rhu.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan Tanjung Sepat New Village; Kampung Tanjung Sepat Darat; Kampung Orang Asli Tanjung Sepat; Berek Polis Tanjung Sepat; Kampung Tanjung Layang; Kampung Tumbok Darat; Kampung Ladang Batu Untong; Kampung Kundang; Kampung Batu Laut; Kampung Tali Ayer.

Selain itu, Kampung Endah; Kanchong Laut; Taman Batu Untong; Taman Pelangi; Taman Tanjung; Taman Mutiara; Tongkah; Taman Seri Bayu dan Taman Seri Desa di Kuala Langat turut terjejas.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh memuat turun aplikasi mySyabas melalui Google Playstore dan AppStore atau melayari  www.syabas.com.my, Facebook Syabas 'puspel' atau Twitter Syabas 'puspel syabas'. - Bernama


Kemaskini pada 2016-09-01 12:18:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim Peta Laman

Hakcipta © 2019 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss           
Jumlah Pelawat : 638103 Tarikh Kemaskini : 19-09-2020