Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

  

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Lima keluarga mangsa tanah runtuh terima bantuan

BERITA SELANGOR |     | 23 DISEMBER 2015
Lima keluarga mangsa tanah runtuh terima bantuan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 23 DIS: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan ehsan kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Sekolah, Kampung Baru Salak di sini, hari ini.

Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani, berkata ia disampaikan menerusi penyaluran bantuan bencana Kerajaan Negeri kepada semua lima keluarga terbabit berupa RM500 setiap satu.

tanahruntuh 1
“Kerajaan Negeri memahami masalah dihadapi dan diharap pemberian ini dapat meringankan beban terpaksa ditanggung mangsa terbabit dalam menguruskan keperluan harian sehingga tindakan pembaikan cerun selesai dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara tindakan awal diambil adalah Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) menutup permukaan yang runtuh dengan kanvas bagi mengelak berlakunya pergerakan tanah dan lumpur daripada memasuki rumah mangsa.

Katanya, MPSp juga melantik perunding bagi membuat kajian terhadap struktur cerun yang runtuh dan laporan berkaitan diterima pada 21 Disember lalu.

tanahruntuh 2
“Diucapkan terima kasih kepada MPSp yang bersetuju atas dasar kebajikan, keprihatinan dan kepentingan awam untuk membuiat pembaikan kawasan cerun runtuhan biarpun dari segi hak milik adalah hak individu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Sepang berkata, pemantauan lanjut dibuat MPSp bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan daripada berulang pada masa hadapan.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.20 pagi 13 Disember lalu apabila tembok penghalang konkrit dibina pemilik rumah di atas bukit runtuh kerana tidak mengikut spesifikasi.

Akibat daripada itu menimpa lima buah rumah kediaman yang berada di bawah bukit sekali gus meranapkan bahagian belakang dapur rumah mereka.

EZY


Kemaskini pada 2016-09-05 15:30:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim Peta Laman

Hakcipta © 2019 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss           
Jumlah Pelawat : 638103 Tarikh Kemaskini : 19-09-2020