Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

  

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Penduduk Orang Asli gembira dapat lampu solar

Selangorkini

SEPANG, 28 OGOS: Seramai 240 penduduk tiga perkampungan Orang Asli di Dengkil gembira selepas lampu solar dipasang di kampung mereka semalam.

Tok Batin Kampung Jambu, Kampung Kelingsing dan Bakuk, Aboy Anak Budi berkata lampu berkenaan akan memudahkan urusan penduduk pada waktu malam dan pagi.

“Sudah lama kami mohon lampu jalan. Kalau keluar waktu gelap, kami harapkan lampu kenderaan.

“Bila ada lampu solar di jalan utama, anak-anak nak ke sekolah pun senang, keadaan sekitar dah terang. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana bantu kami,” katanya kepada SelangorKini.

Tok Batin, Aboy Anak Budi ketika ditemubual SelangorKini selepas Majlis Perasmian Kemudahan Lampu Solar Di Kampung Orang Asli Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Jambu, Dengkil pada 27 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

 

Terdahulu, EXCO Teknologi Hijau, Hee Loy Sian merasmikan Majlis Pemasangan Lampu Solar di Kampung Orang Asli Jambu, dekat sini.

Sementara itu, Aboy turut meminta Loy Sian membantu mereka mendapatkan status pemilikan tanah susulan kampung itu masih belum diwartakan.

“Kami duduk di sini lama sejak zaman nenek moyang lagi. Kami sayangkan kampung ini dan harap Kerajaan Negeri dapat bantu untuk dapatkan tanah ini,” katanya.

Ahad lalu, Loy Sian memaklumkan isu penempatan 74 perkampungan Orang Asli seluruh Selangor akan diberi tumpuan tahun hadapan bagi memastikan kawasan didiami mendapat status pemilikan.

 

 

 

EXCO Kerajaan Negeri Hee Loy Sian merasmikan dengan menyumpit ketika Majlis Perasmian Kemudahan Lampu Solar Di Kampung Orang Asli Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Jambu, Dengkil pada 27 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Kemaskini pada 2020-09-04 11:43:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim Peta Laman

Hakcipta © 2019 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss           
Jumlah Pelawat : 656115 Tarikh Kemaskini : 22-10-2020