Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
w3c
jata selangor title

  

Web Mobil [ x ]

qrcode

KAJIAN KEPUASAN
PELANGGAN PDT SEPANG
KLIK DI SINI


NOTIS LELONGAN AWAM 
PDT SEPANG

Jamu selera sambil terapung di udara dengan hanya RM10

Selangorkini

 

DENGKIL, 9 JULAI: Hanya dengan bayaran serendah RM10, orang ramai berpeluang makan dan minum sambil terapung di udara pada ketinggian 35 meter di Gamuda Cove, Paya Indah Discovery Wetlands di sini, pada Julai ini.

Penolong Pengurus Jabatan Strategik Korporat Tourism Selangor, Zaimi Shari berkata ia tarikan terbaharu dipanggil Aero Bar di kawasan itu dengan pengunjung boleh bersantai menjamu selera di meja seperti biasa sambil dibawa naik ke atas menggunakan pelantar khas dikenali ‘flight table’.

“Dari situ anda akan terapung di udara dan menikmati pemandangan alam semulajadi di Gamuda Cove, waktu terbaik untuk melihat pemandangan ialah ketika matahari terbenam,” katanya kepada SelangorKini.

Pintu gerbang dan kenderaan ala filem Jurassic Park antara tarikan kepada pengunjung di Paya Indah Discovery Wetlands, Kuala Langat pada 8 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Zaimi berkata sepanjang Julai ini, pengunjung diberi tawaran khas harga tiket semurah RM10 berbanding harga asal, RM65.

“Oleh itu, sempena Kempen Pusing Selangor Dulu, Tourism Selangor menggesa supaya pelancong tempatan membawa keluarga untuk merasai keseronokan yang tidak ada di tempat lain ini, bukan sahaja unik tetapi harga ditawarkan juga rendah,” katanya.

Pengunjung menikmati pemandangan persekitaran Gamuda Cove ketika menaiki Aerobar yang mencecah ketinggian 35 meter pada 8 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI


Kemaskini pada 2020-07-20 16:54:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Pekeliling | Hak Cipta | Soalan Lazim Peta Laman

Hakcipta © 2019 Pejabat Daerah Tanah Sepang
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kanduangan di dalam laman web ini
rss           
Jumlah Pelawat : 639729 Tarikh Kemaskini : 23-09-2020