Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
  jata selangor title     
header line

 

09 Disember 2016 : Sawah padi diserang hawar daun bakteria

Sawah padi diserang hawar daun bakteria
 

SABAK BERNAM - Kawasan tanaman padi di Sekinchan dan beberapa kawasan lain di Sabak Bernam yang diserang penyakit hawar daun bakteria (BLB) memerlukan langkah-langkah pencegahan agar wabak itu tidak merebak dengan serius.

Pengarah Pembangunan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, Elyas Saad berkata, antara langkah itu termasuk membersihkan pakaian dan peralatan dengan pembasmi kuman selepas melaksanakan kerja di kawasan tanaman padi yang berpenyakit.

Katanya, pencegahan itu penting sebelum pesawah melaksanakan kerja-kerja di kawasan tanaman padi yang bebas daripada penularan wabak berkenaan.

“Elakkan penggunaan baja unsur N yang berlebihan terutama pada musim hujan dan kawasan yang pernah diserang penyakit.

“Gunakan mengikut kadar yang disyorkan iaitu tidak melebihi 120 N sehektar dan diberikan secara berperingkat,” katanya kepada Sinar Harian.

Elyas berkata, pesawah sebaliknya digalakkan menggunakan baja berunsur silika iaitu antara 50 hingga 75 kilogram sehektar bagi meningkatkan ketahanan pokok.

“Kita juga harap pesawah tidak bekerja sewaktu tanaman dalam keadaan basah,” katanya.

Beliau memberitahu, bagi mengelakkan jangkitan pada tanaman pada musim depan pula, beberapa langkah kawalan perlu dilakukan termasuk membiarkan sawah yang telah dituai kering dan menyembur racun rumpai ‘Glufosinate Ammonium’ bagi mempercepatkan pengeringan jerami dan tunggul padi.

“Jerami dan tunggul padi ini kemudiannya dipotong pendek dan disebarkan dengan rata sebelum dibakar serta membakarnya secara terkawal dan menyeluruh bagi memusnahkan sumber patogen (agen penyebab penyakit),” katanya.

Beliau berkata, pesawah juga diminta supaya melakukan penyediaan tanah dengan sempurna iaitu dua kali bajak dan biarkan tanah terdedah selepas bajak pertama bagi melupuskan sumber penyakit.

“Hapuskan padi batat dengan semburan racun rumpai Glufosinate Ammonium selain menyediakan saliran air dan sistem pengairan yang baik serta melaksanakan peralatan sawah supaya paras air sekata.

“Pesawah juga mesti menggunakan biji benih yang disahkan dan bebas penyakit pada kadar yang disyorkan iaitu 120 kilogram sehektar,” katanya.

Beliau turut mencadangkan pesawah menggunakan varieti benih sederhana rentan seperti MR219 dan MR220 CL2 terutama pada musim dua penanaman padi di samping menggunakan anak benih yang bebas penyakit serta menggunakan biji benih yang sah.

“Kawasan tanaman padi yang diserang penyakit mesti dibersihkan daripada rumpai yang menjadi perumah kedua penyakit dan menjalankan pemantauan penyakit secara berterusan supaya serangan dapat dikesan lebih awal.

“Pembekal perkhidmatan digalakkan menggunakan sekam bakar sebanyak 70 peratus dan tidak digalakkan menggunakan pencampuran tanah atas yang tidak terawat dan sekam halus,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, Kira-kira 1, 500 hektar tanaman padi di Sekinchan terjejas teruk akibat penularan BLB sejak November lalu hingga mengakibatkan pengeluaran hasil padi di kawasan itu merudum berbanding sebelum ini.

Pesawah mendakwa, keadaan itu disebabkan baka padi varieti MR 284 yang kurang daya tahan penyakit terutama dalam musim cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.


Kemaskini pada 2016-12-15 16:01:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini160
Jumlah PelawatJumlah Pelawat268187
Visitor count : 268187 Tarikh Kemaskini: 21-11-2018