Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

19 Dis 2014 : Kerabu daun selom sardin, ulaman enak berkhasiat

  • Kerabu daun selom sardin yang enak dan berkhasiatKerabu daun selom sardin yang enak dan berkhasiat
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM - Daun selom dinikmati bersama sardin, dijadikan hidangan kerabu yang menyelerakan. Itu antara hidangan popular bagi penduduk di Kampung Sungai Nireh, Sungai Air Tawar di sini yang menjadi antara menu pelengkap untuk hidangan ulam-ulaman.

Bagi penduduk berketurunan Jawa di kampung itu, hidangan kerabu yang dimakan mentah amat berkhasiat, apatah lagi rasanya yang pedas pastinya enak dinikmati sewaktu makan tengah hari, lebih-lebih lagi bersama keluarga tercinta.

Dari segi perubatan, daun selom dikatakan mempunyai nilai perubatan dan kebaikan tersendiri.

Daun selom diambil sebagai pelawas buang air kecil selain mampu mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Dalam perubatan tradisional pula, air rebusan daun dan batang selom menjadi penawar untuk demam panas, selesema dan merawat kesukaran buang air dan
kencing berdarah.

Seorang penduduk, Asiah Sarin, 60, berkata, kerabu daun selom yang digaul bersama-sama sardin yang siap dimasak antara hidangan ulaman ringkas yang boleh disediakan dalam masa 15 minit.

“Penyediaannya amat mudah iaitu sardin bertin yang siap dimasak digaul bersama-sama daun selom, bunga kantan, cili padi dan bawang besar yang dipotong halus selain garam dan gula sebagai penambah perisa,” ujar ibu kepada tujuh orang anak ini.

Asiah memberitahu, daun selom yang sememangnya terkenal sebagai ramuan ‘awet muda’ di kalangan penduduk kampung itu juga turut diperahkan dengan limau nipis atau limau purut bagi memberikan sedikit rasa kemasaman.

“Kalau makan pasti akan rasa berlemak walaupun tak ada santan, cuma hanya diletakkan kelapa agar rasanya lebih enak bak kata orang mampu membuatkan sesiapa yang pertama kali merasainya 'menjilat jari',” katanya.

Menurut anak kelahiran Sungai Besar itu lagi, hidangan itu semakin membangkitkan selera apabila sardin yang siap dimasak digaulkan bersama-sama ulam segar yang baru dipetik dari pokok daun selom.

“Kalau rakan-rakan anak saya dari Kuala Lumpur datang, saya akan hidangkan resipi ini. Mereka pasti ingin mencuba lagi apabila merasai keenakannya yang tiada tandingan,” katanya.

Kerabu daun selom sardin itu katanya, akan terasa sempurna andai dinikmati sekali bersama nasi yang berkuahkan ikan patin masak asam pedas yang semestinya membuatkan orang menambah nasi ke pinggan.

“Sebenarnya sajian kita tak lengkap kalau makan ulam-ulaman tanpa nasi. Kalau makan nasi bersama ulam sahaja pun kurang sedapnya berbanding makan bersama-sama kuah asam pedas ikan patin.

“Bau asam pedas yang wangi, apatah lagi dengan campuran daun kesum, bunga kantan dan lengkuas seolah-olah 'menghidupkan' hidangan makanan tradisional tadi,” katanya.


Kemaskini pada 2014-12-22 10:20:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini204
Jumlah PelawatJumlah Pelawat345139
Visitor count : 345139 Tarikh Kemaskini: 18-10-2019