Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

17 Dis 2014 : Peniaga, pelanggan hidu bau busuk

  • Ahmad menunjukkan keadaan longkang tersumbat di belakang premis terbabit, Gambar kecil: Rahmat.Ahmad menunjukkan keadaan longkang tersumbat di belakang premis terbabit, Gambar kecil: Rahmat.
< 1 / 1 >
SABAK BERNAM – Peniaga dan pelanggan yang singgah di premis kedai makan di Jalan Tebedu Pekan Sabak Bernam di sini terpaksa menahan bau busuk sejak seminggu lalu gara-gara masalah longkang belakang premis terbabit tersumbat.

Seorang peniaga kedai makan, Rahmat Hamzah, 42, berkata, kira-kira 16 peniaga di situ terjejas akibat masalah terbabit malah rata-rata daripada pelanggan yang singgah di premisnya mengadu hilang selera makan.

Menurutnya, keadaan itu jika tidak diatasi Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dikhuatiri menjejaskan rezeki peniaga kerana kekurangan pelanggan, apatah lagi kebanyakan mereka hanya bergantung kepada hasil perniagaan itu sebagai punca pendapatan.

“Masalah longkang tersumbat menyebabkan air kumbahan yang sepatutnya mengalir lancar ke sistem pembetungan, melimpah pada lantai belakang premis terbabit,”  katanya.

Selain itu, peniaga juga bimbang dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Kesihatan disebabkan keadaan belakang premis itu berbau busuk dan kotor.

Seorang pelanggan, Norhaniza Hamzah, 27, berkata, akibat keadaan air melimpah dan licin itu, dia pernah terjatuh di belakang premis terbabit, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

“Saya sendiri pernah tersembam atas lantai belakang premis. Saya minta MDSB ambil serius aduan daripada pelanggan memandangkan saya difahamkan aduan telah dibuat oleh peniaga, tapi belum ada tindakan sewajarnya,”  katanya.

Seorang lagi pelanggan, Ahmad Maarof, 64, berkata, dia antara pelanggan tetap di salah sebuah premis terbabit, namun kesal kerana sejak beberapa hari ini timbul bau kurang menyenangkan di tempat terbabit.

“MDSB seharusnya mengambil berat terhadap rungutan yang disuarakan oleh orang ramai kerana pendekatan sedemikian dapat memperkemaskan sistem pentadbiran.

“Tujuan kita bukan untuk memburuk-burukkan sesiapa tetapi sikap saling tegur-menegur ini adakalanya perlu bagi memastikan masalah ini diatasi segera,” katanya.

Kemaskini pada 2014-12-18 15:27:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019