Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

16 Dis 2014 : Kereta terperosok bawah treler

  • Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit. Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit.
< 1 / 1 >

PASIR PANJANG – Sepasang suami isteri yang baru menghadiri majlis perkahwinan di Sabak Bernam terbunuh manakala anak perempuan mereka cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 tengah malam itu, mangsa, Barmin Bakri, 57, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Siti Ngainon Jariah Yasin, 51, disahkan maut di Hospital Tanjong Karang kira-kira jam 12.20 malam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Nissan Grand Livina itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan.

Nor Azmi berkata, pemandu treler yang berusia 29 tahun dipercayai membawa muatan benih padi dikatakan cuba melintas ke seberang jalan arah ke Teluk Intan, bagaimanapun tidak perasan sebuah kenderaan berada di kanan jalan terbabit.

“Pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian tepi kanan sebuah treler hingga terperosok di bawahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat rempuhan kuat itu, pemandu tersepit dalam kenderaannya hingga memaksa anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mayat mangsa.

“Isteri mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang, bagaimanapun meninggal dunia sejam kemudian manakala anaknya, Anisah syafiqah, 20,  mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Nor Azmi berkata, mayat mangsa (Barmin) kemudiannya di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya semalam untuk dikebumikan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dijalankan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kemaskini pada 2014-12-17 11:04:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019