Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

11 Dis 2014 : Sultan Sharafuddin komited majukan pendidikan

  • Bangunan SAS berdiri megah di bawah naungan Sultan Selangor bermula tahun 2006.Bangunan SAS berdiri megah di bawah naungan Sultan Selangor bermula tahun 2006.
< 1 / 2 >

SHAH ALAM - Rakyat Selangor pasti beruntung mempunyai sultan yang meletakkan pendidikan sebagai asas tertinggi yang perlu dinikmati segenap rakyatnya.

Sebagai anak bangsawan yang mempunyai latar belakang cemerlang dalam pendidikan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengharapkan ilmu yang dijana akan memberi kemajuan kepada negeri ini.

Ini dibuktikan apabila Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) yang merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dipilih di bawah naungan baginda dan diberi status sebagai Sekolah Premier, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Bestari.

Pada tanggal 25 Mac 2006, SAS melakar sejarah apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda.

Baginda juga telah berkenan menjadikan SAS di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006.

Sekolah ini juga merupakan antara institusi pendidikan harapan negara dalam mendidik dan melahirkan insan berjaya dari segi semua aspek sekali gus berkemampuan memimpin negara pada masa akan datang.

Menyentuh latar belakang sekolah tersebut, penubuhan SAS merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958.

Pada ketika itu, SAS merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam dan juga merupakan jambatan pertama pelajar-pelajar aliran Melayu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi.

Pada 7 Februari 1963, sekolah ini telah dibuka pertama kali untuk sesi persekolahan dan Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz telah merasmikan pembukaan sekolah ini.

Bermula dari tahun 2001, kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas tanah seluas 24 hektar yang menelan belanja RM54 juta dan ia merupakan antara sekolah SBP yang termahal pernah dibina.

Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada cadangan bekas pelajar SAS, Tan Sri Shamsuddin Hitam iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Malah perdana menteri ketika itu menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya.

Setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur, SAS meneruskan kegemilangan lebih berprestij apabila berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tanggal 26 April 2003 menyaksikan 652 pelajar SAS berhijrah ke kampus baru. Lokasi SAS di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara sekolahsekolah di Malaysia.

Kecemerlangan dan kegemilangan SAS tidak berhenti begitu sahaja kerana sekali lagi peristiwa bersejarah dilakarkan apabila SAS telah diisytiharkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007 oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sementara pada 25 Januari 2011, sekolah ini terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan kecemerlangan SAS ini juga pastinya membawa nama baik di bawah naungan baginda yang sering mengutamakan pendidikan sebagai asas utama rakyat di negeri ini.


Kemaskini pada 2014-12-15 12:22:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019