Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

09 Dis 2014 : Polis tahan 30 penagih dalam Ops Tapis

  • Sebahagian penagih yang ditahan dalam Ops Tapis IPD Sabak Bernam.Sebahagian penagih yang ditahan dalam Ops Tapis IPD Sabak Bernam.
< 1 / 1 >

SUNGAI BESAR – Tindakan beberapa penagih dadah cuba melarikan diri ke hutan bakau selepas tempat mereka diserbu polis di dua lokasi di daerah ini tidak kesampaian apabila mereka dicekup dalam Ops Tapis, 3 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, semasa serbuan di dua lokasi berasingan di Bagan Sungai Besar dan Bagan Sungai Limau kesemua mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun, katanya, usaha mereka itu ternyata sia-sia apabila polis mengepung kawasan terbabit lalu menangkap suspek yang menjadikan tempat itu tempat penagihan meskipun beberapa kali kawasan itu digempur beberapa serbuan sebelum ini.

“Polis akan terus menjalankan tindakan penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memastikan masalah penagihan dadah terutama di dua lokasi itu dapat ditangani secara serius dan konsisten,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azmi berkata, dalam serbuan itu, seramai 30 penagih berusia 17 hingga 50 tahun warga tempatan ditahan di dua kawasan terbabit bermula dari jam 7 pagi hingga jam 1 petang.

Menurutnya, operasi yang diketuai dua pegawai dan 20 anggota itu dijalankan serentak di dua kawasan terbabit bagi memastikan mereka yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berjaya diberkas.

“Kawasan hutan bakau ini menjadi pilihan kaki lalok memandangkan kawasannya yang tersorok memudahkan penagih bersembunyi bagi mengelakkan kegiatan tidak bermoral itu dihidu polis.

“Polis yakin penagih sering keluar masuk ke dalam kawasan ini untuk melepaskan gian dan kita harap dengan operasi seperti ini dapat membanteras kegiatan itu pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke IPD Sabak Bernam bagi menjalani Ujian Air Kencing (Urin) dan didapati kesemuanya positif dadah dan akan direman selama 14 hari bermula Rabu lau untuk siasatan lanjut.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seorang warga Thailand turut ditahan dalam serbuan di Bagan Sungai Besar kerana didapati tiada dokumen perjalanan sah.

“Suspek yang ditahan itu disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 mengikut Seksyen 6(1) (c) kerana tiada dokumen,” katanya.


Kemaskini pada 2014-12-15 12:18:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019