Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

05 Dis 2014 : Letak dadah dalam topi keledar

SABAK BERNAM – Taktik seorang nelayan warga Myanmar menyorokkan dadah dalam topi keledar bagi mengaburi polis gagal apabila lelaki berusia 28 tahun itu dicekup dalam Ops Tapis di Jalan Tali Air 6 Sekinchan, Sungai Besar, lewat petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sekinchan yang diketuai Inspektor Abd Rahman Khalid menahan lelaki terbabit kira-kira jam 7.30 petang.

Menurutnya, lelaki yang menaiki motosikal ditunggang rakannya itu cuba melarikan diri, namun polis sempat menangkap suspek bagaimanapun rakannya berjaya melarikan diri dengan memecut laju kenderaan terbabit.

“Tiada anggota polis yang cedera walaupun penunggang terbabit cuba merempuh polis, malangnya pembonceng terbabit ditahan dan polis menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas suspek,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Azmi, hasil pemeriksaan polis menemui satu paket plastik lut sinar dadah jenis heroin seberat 28 gram bernilai RM400 disorokkan suspek pada gabus di bahagian dalam topi keledar yang dipakainya.

Jelas beliau, lelaki yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) sejak tinggal di negara ini lima tahun lalu itu juga mempunyai seorang isteri warga sama yang tinggal di Bagan Sungai Besar.

“Lelaki terbabit amat dikehendaki kerana dipercayai terlibat sindiket edar dadah secara kecil-kecilan kepada nelayan dan pelanggannya di sekitar Sekinchan dan Sungai Besar,” katanya.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 39 A (2) ADB 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

Kemaskini pada 2014-12-15 12:00:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019