Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

03 Dis 2014 : Gesa tangani segera masalah sampah haram

  • Kim Yong menunjukkan lokasi pembuangan sampah haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab di Site B Lorong 7 Sekinchan.Kim Yong menunjukkan lokasi pembuangan sampah haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab di Site B Lorong 7 Sekinchan.
< 1 / 1 >

SEKINCHAN – Seorang penduduk menggesa agar Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah haram di Site B Lorong 7 Sekinchan, di sini.

Loo Kim Yong, 73, berkata, sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan sanggup mencemari keadaan persekitaran Sekinchan perlu dipandang serius memandangkan kawasan itu sering dikunjungi pengunjung luar dan dalam negara.

“Penduduk harap ada tindakan penguatkuasaan lebih tegas dijalankan MDSB bagi memastikan masalah sampah haram di sekitar Sekinchan ini dapat ditangani dengan lebih serius,” katanya kepada Sinar Harian.

Kim Yong berkata, pembuangan sisa pepejal itu hanya mengundang bau yang kurang menyenangkan kepada penduduk setempat terutamanya jika hujan hingga meloyakan tekak setiap kali ingin menjamah makanan.

“Pelbagai jenis sampah seperti tunggul kayu, tar jalan, kaca dan plastik dibuang pihak tidak bertanggungjawab sesuka hati di kawasan terbabit.

“Kadang-kadang sampah ini berbau busuk dan memberi tekanan kepada penduduk setempat dan keadaan ini seharusnya ditangani dengan lebih berkesan oleh semua pihak dan bukan hanya MDSB semata-mata,” katanya.

Selain itu, katanya, penduduk juga bimbang dengan masalah itu kerana ia menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan menyebabkan penduduk terkena demam denggi.

“MDSB dan penduduk sering mengadakan aktiviti gotong-royong bersihkan persekitaran kerana tidak mahu ada antara kami menghidapi demam denggi yang membawa maut.

“Tapi semua ini hanya sia-sia kalau hari ini kita bersihkan kawasan, tapi esok, lusa masalah sama terus berulang,” katanya.

Malah, katanya, isu demam denggi tidak akan ada jalan penyelesaian jika masyarakat bersikap suka ambil mudah perkara itu walaupun terdapat kes demam denggi dilaporkan di kawasan kejiranan.


Kemaskini pada 2014-12-15 11:58:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019