Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

29 Nov 2014 : Niat jahat peragut bawa padah

EKINCHAN - Niat jahat seorang lelaki ingin meragut telefon bimbit pembonceng sebuah motosikal bukan sahaja gagal, malah nyaris menemui ajal apabila motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam sawah padi di Parit 7 Ban 2 Sekinchan, di sini, malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek berusia 24 tahun itu dipercayai mengekori motosikal yang ditunggang bapa mangsa berusia 47 tahun.

Menurutnya, ketika kejadian, bapa mangsa dipercayai mengambil anak perempuannya berusia 20 tahun di tempat kerjanya di sebuah kedai kain di Sekinchan untuk pulang ke rumah mereka di Parit 7 Sekinchan.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa dan bapanya sampai di perkampungan Site C  Sekinchan, suspek yang menunggang motosikal telah menghimpit motosikal terbabit dan cuba meragut telefon bimbit yang dipegang mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azmi berkata, tindakan suspek terbabit ternyata membawa padah apabila bapa mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu kemudiannya mengejar suspek sejauh kira-kira dua kilometer hingga menyebabkan suspek gagal mengawal motosikal terbabit.

“Suspek yang menunggang motosikal Yamaha Ego tidak sempat melarikan diri, sebaliknya terjatuh ke dalam bendang dan bapa mangsa terus menghubungi seorang rakannya yang menganggotai Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) di kampung terbabit,” katanya.

Menurut beliau, beberapa minit kemudian beberapa anggota SRS tiba di tempat kejadian lalu menangkap suspek dan mereka kemudiannya membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan susulan.

“Hasil soal siasat polis mendapati, suspek amat dikehendaki polis kerana sering terlibat dalam beberapa kes ragut sekitar Sekinchan bersama seorang rakannya sebelum ini, bagaimanapun polis telah berjaya menahan rakan mangsa.

“Kita percaya dengan tertangkapnya suspek, kes ragut yang berlaku di sekitar Sekinchan ini dapat dilumpuhkan dan kita telah menahan reman suspek selama empat hari bermula semalam (kelmarin) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun; denda dan sebatan.


Kemaskini pada 2014-12-15 11:55:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019