Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

28 Nov 2014 : Adik-beradik lalok dicekup

  • Nor Azmi (kiri) dan pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan terbabit.Nor Azmi (kiri) dan pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan terbabit.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Seorang penganggur yang amat dikehendaki polis sejak awal tahun lalu kerana terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dicekup bersama adiknya di sebuah rumah di Kampung Dato Hormat Sungai Air Tawar awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, serbuan kira-kira jam 5 petang yang diketuai Inspektor Khairul Amri Ishak dan anggotanya itu berjaya menahan kedua-dua lelaki berusia 38 dan 30 tahun berkenaan.

Menurutnya, semasa serbuan itu dijalankan, suspek yang berada di ruang tamu rumah terbabit dipercayai sedang khayal akibat pengaruh dadah, manakala terdapat beberapa peket plastik lutsinar mengandungi bahan terlarang itu diletakkan di atas lantai berhampiran.

“Polis yang berjaya menahan suspek kemudiannya merampas empat peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin dan dadah jenis syabu masing-masing seberat 23.25 gram dan 0.41 gram,” katanya.

Nor Azmi berkata, suspek menjadi buruan polis kerana turut terlibat dalam lima kes lampau termasuk kes tipu sebelum ini, bagaimanapun usaha menangkap suspek terbabit menemui jalan buntu.

“Dua kali suspek yang tinggal bersama ibu dan seorang adik lelakinya berjaya meloloskan diri, bagaimanapun polis akhirnya berjaya menahan suspek dalam serbuan kali ketiga.

“Suspek yang mendapat bekalan dadah dari Hutan Melintang, Perak dipercayai mengedar dadah kecil-kecilan kepada nelayan dan pekerja buruh di sekitar Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Air Tawar,” katanya.

Beliau berkata, adik suspek didapati memiliki satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.20 gram di rumah terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua jenis dadah yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam itu dianggarkan bernilai RM250.

“Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi pemilikan dadah heroin dan 12(2) akta sama bagi pemilikan dadah jenis syabu,” katanya.


Kemaskini pada 2014-12-15 11:52:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019