Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

22 Ogos 2014 : Selamat pulang, tenanglah jenazah nahas MH17

  • mh17
< 1 / 1 >

AMSTERDAM - Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).

Mereka sepatutnya pulang pada 17 Julai lepas dan tiba pada 18 Julai ke Malaysia, namun tiada siapa menyangka pesawat MH17 itu akan ditembak jatuh.     Penerbangan membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.    

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, petugas media Malaysia dan tempatan tiba di sebuah bangunan untuk dibawa menaiki sebuah bas ke terminal kargo yang menempatkan pesawat khas membawa balik 20 jenazah.

Petugas media tiba kira-kira pukul 2 petang dan dibawa menghampiri pesawat khas MAS Boeing 747 itu sebelum pintu pesawat dibuka.

Kelihatan beberapa keranda telah disusun dan difahamkan kesemua 20 jenazah dalam 17 keranda dan tiga bekas abu itu telah mula diangkut satu per satu sejak awal pagi Khamis.   

Proses pemeriksaan akhir jenazah bermula sejurus selepas 2 petang dilakukan Naib Presiden Operasi MAS Datuk Baharom Mohd Yatim, Setiausaha Kedua Pejabat Kedutaan Malaysia di Belanda, Halmah Hassan dan Kaunselor Kedutaan Malaysia di Finland, Devrin Jeck untuk tujuan formaliti proses.

Media Malaysia dan tempatan tidak dibenarkan mendekati pintu masuk pesawat khas itu dan hanya dapat melihat dari jarak 50 meter sahaja.

Kelihatan keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang itu disusun satu per satu, tidak bertindih dalam tiga barisan dengan sedikit jarak antara antara satu sama lain.

Cuaca sejuk mencecah 16 darjah Celcius dengan angin kuat tidak menghalang petugas media merakamkan detik bersejarah itu walaupun cuma dibenarkan berada di kawasan itu kira-kira 10 minit sahaja.

Terdapat kira-kira 20 petugas keselamatan yang dibantu pegawai lapangan terbang yang sangat mesra ketika proses rakaman pemeriksaan akhir pesawat itu dilakukan.

Sebaik sahaja selesai pemeriksaan, kelihatan wakil MAS dan pegawai kedutaan diserahkan beberapa kertas untuk tujuan formaliti proses sebelum mereka beredar dan keluar dari pesawat itu.

Tidak lama selepas itu, kumpulan anak kapal pesawat itu dilihat tiba dengan sebuah van sebelum menaiki pesawat itu.

Petugas media kemudian diarah meninggalkan kawasan itu memandangkan proses persediaan teknikal pelepasan pesawat akan bermula.

Pesawat itu dikendalikan Kapten Misman Leham bersama dua pembantu juruterbang iaitu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.  

Kira-kira pukul 3.40 petang Khamis (9.40 malam di Malaysia),  pesawat akhirnya berlepas meninggalkan lapangan terbang yang dipenuhi ratusan pesawat antarabangsa itu ke Malaysia.

Seorang wakil MAS yang enggan dikenali memberitahu pesawat khas itu tidak akan menggunakan laluan seperti pesawat MH17 sebelum ini dan dijangka akan menggunakan laluan lain namun enggan mendedahkannya demi tujuan keselamatan.

Perjalanan terus tanpa henti itu akan mengambil masa kira-kira 12 jam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bernama


Kemaskini pada 2014-08-22 11:34:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019