Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

12 Ogos 2014 : Remaja 15 tahun direman 6 hari

ABAK BERNAM – Seorang remaja berusia 15 tahun dan seorang pemandu lori ditahan reman enam hari bermula 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, di Sungai Besar, 13 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner (ACP), Noor Mushar Mohd berkata, dua lelaki itu ditahan berasingan pada hari sama selepas polis mencekup suspek pertama di Jalan Klang Lama Kuala Selangor.

Menurutnya, berdasarkan maklumat suspek pertama, polis kemudiannya dimaklumkan terdapat seorang lagi rakan suspek yang turut terlibat dalam aktiviti itu sebelum menahan suspek kedua di Tanjong Karang, Kuala Selangor.

“Polis berjaya menahan suspek pertama yang tinggal di Parit 10 Timur pada kira-kira jam 10 pagi, sementara suspek kedua pula ditahan di rumahnya pada jam 10.30 malam,” katanya   kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, polis tidak menemui motosikal terbabit, sebaliknya hanya komponen motosikal itu dijumpai dan disorok di rumah suspek kedua di Tanjong Karang.

“Suspek pertama yang tidak lagi bersekolah itu mengaku kegiatan itu didalangi dia dan seorang lagi rakannya dan kita telah menemui komponen yang telah dileraikan dipercayai ingin dijual kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang,” katanya.

Menurutnya, penahanan itu dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diberikan mangsa selepas dia mengesyaki kegiatan itu dilakukan dua suspek terbabit dan memaklumkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Kemaskini pada 2014-08-15 08:48:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019