Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

11 Ogos 2014 : Roti Azan diiktiraf produk berinovasi

  • Mohd Ghazali (kanan) bersama Pegawai Eksekutif Perusahaan Azan Sdn Bhd, Jasmine Mohd Ghazali
menunjukan antara produk keluaran syarikatnya. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIBMohd Ghazali (kanan) bersama Pegawai Eksekutif Perusahaan Azan Sdn Bhd, Jasmine Mohd Ghazali menunjukan antara produk keluaran syarikatnya. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
< 1 / 2 >

"KAMI bermula pada 1969 dengan menggunakan unggun api bagi tujuan memproses roti, sebab ketika itu bekalan elektrik tidak ada.Bukan itu sahaja, kami buat sendiri yis dan hanya beli  tepung serta marjerin.

"Percubaan pertama, hasilnya roti yang dibuat tidak menjadi," kata Pengarah Urusan Perusahaan Azan Sdn Bhd, Mohd Ghazali Abu Bakar sebagai memulakan cerita ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, ilham untuk membuat roti adalah daripada ayahnya, Abu Bakar Ali yang juga peneraju syarikat.

Katanya, selepas tamat berkhidmat sebagai tentera British di Singapura, Abu Bakar bersama rakannya memulakan perniagaan membuat roti dengan bermodalkan RM2,000.

Bagaimanapun, hasilnya tidaklah sehebat yang dirancang. Rotinya tidak menjadi. Tetapi mereka terus giat membuat kajian dan penyelidikan (R&D).

Meneruskan usaha hingga suatu hari, seorang penjual roti datang dan memberitahu bahawa cara membuat roti yang mereka lakukan adalah salah.

"Penjual roti itu menawarkan diri untuk mengajar membuat roti yang betul dan bermulalah perniagaan roti Azan," kata Mohd Ghazali yang juga merupakan generasi kedua keluarga itu.

Buat permulaan, Perusahaan Azan hanya membuat roti biasa untuk pasaran sekitarnya.

Hanya pada 1970, Perusahaan Azan menerima tawaran daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) untuk bekerjasama dalam usaha membesarkan perniagaan.

Pada 1972, Perusahaan Azan memulakan operasi di Kawasan Perindustrian Dioh Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sebelum mempunyai kilang, Perusahaan Azan beroperasi hanya dari rumah. Selepas 1975 syarikat didaftarkan menggunakan Sdn Bhd.

Mohd Ghazali berkata, nama Azan diperoleh secara tidak langsung oleh ayahnya ketika proses mendaftar syarikat di mana ia bermaksud menyeru kepada kebaikan.

Selepas berjaya menghasilkan roti yang betul, bermulalah aktiviti pemasaran di sekitar kampung.

Ketika itu, pengedaran hanya dilakukan menggunakan basikal di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Kurang saingan

Mohd Ghazali berkata, industri roti panggang di negara ini masih tidak berkembang dan kurang dikenali ramai.

Tetapi di luar negara roti panggang sudah lama komersil.

"Oleh itu, daripada segi persaingan masih kurang dan kebanyakan roti panggang yang ada di negara ini adalah yang diimport.

"Kami merupakan pengeluar roti panggang milik Bumiputera sepenuhnya sejak 45 tahun lalu," katanya.

Menurutnya, keistimewaan roti panggang Azan adalah kerana ia dibuat menggunakan teknologi terkini khususnya dari segi pembungkusan yang mana ia mampu memanjangkan jangka hayat roti sehingga 14 bulan.

Katanya, Perusahaan Azan juga menerima anugerah sebagai produk paling berinovasi sempena Pameran makanan dalam Sial Food Fair (Saff) di Abu Dhabi pada April lalu.

"Kami menjadi antara lebih 400 produk yang terpilih dari 52 buah negara," katanya.
 

Pasaran eksport semakin berkembang

Pada awalnya, roti panggang Azan ini sememangnya dibuat bagi tujuan eksport ke luar negara.

tetapi melihat potensi berkembang di negara ini, pihaknya turut memasarkan produk itu di dalam negara.

"Sehingga kini, roti Azan sudah berada di Iraq, Jordan, Oman, Singapura dan Hong Kong sejak 2010.

"Penembusan pasaran Timur Tengah itu dilakukan melalui pameran antarabangsa menerusi Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade).

Menurutnya, syarikatnya menyasarkan untuk menerokai pasaran Indonesia sebelum akhir tahun ini.

Bukan itu sahaja, syarikatnya juga berhasrat untuk memasuki pasaran Eropah menjelang akhir tahun depan.

Mohd Ghazali berkata, dalam pada itu syarikatnya menyasarkan meningkatkan jumlah eksport kepada 40 peratus dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

"Setakat ini, kami hanya mencapai 10 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.

"Dengan peningkatan jumlah permintaan yang semakin meningkat pada masa akan datang, pengeluaran syarikat kini sudah bersedia untuk menambah kapasiti pengeluaran," katanya.

Bagi pasaran tempatan, roti Azan sudah berjaya menembusi pasaran seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak serta sudah berada di pasar raya seperti Tesco, Giant, Mydin dan Aeon Big.

Selain itu, produk tersebut juga boleh diperoleh di kedai-kedai runcit, pasar mini dan kantin sekolah.


Tambah pengeluaran

Sehingga kini, jumlah pengeluaran produk bagi setiap kontena boleh disiapkan dalam tempoh dua hari, yang mengandungi 40,000 paket.

Jumlah itu menunjukkan kapasiti pengeluaran semakin produktif berbanding sebelum ini.

"Kalau dulu, untuk mencapai kapasiti satu kontena hanya akan siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

"Kini, kami mampu mengeluarkan sejuta paket Roti Azan sebulan," katanya.

Menurutnya, kilang milik Perusahaan Azan Sdn Bhd itu mempunyai pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mesti, Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Roti Azan mempunyai lima jenis produk dan bakal mengeluarkan dua jenis lagi menjelang akhir tahun ini.

"Kami akan terus variasikan rangkaian produk untuk meluaskan pasaran pada masa akan datang," ujarnya.

Harga Roti Azan bermula RM2 hingga RM4 sepaket dan 100 peratus bebas pengawet dan perisa tambahan.


Kemaskini pada 2014-08-11 12:40:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019