Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

07 Ogos 2014 : Keputusan catuan air selewatnya minggu depan

SHAH ALAM - Keputusan bagi pelaksanaan catuan air berjadual di Selangor akan diketahui selewat-lewatnya awal minggu depan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Dr Ahmad Yunus Hairi berkata keputusan hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan lanjut dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan beberapa pihak kepentingan lain.
   
Beliau berkata, status semasa Empangan Sungai Selangor buat masa ini adalah pada kadar 31.9 peratus iaitu paras kritikal manakala satu daripada sembilan kolam yang digunakan untuk mengepam air ke sungai juga kering.
   
"Setakat ini, pengeluaran air daripada kolam adalah dalam 600 hingga 650 juta liter sehari (JLH), tetapi semalam kita dapat hujan yang agak banyak dan dapat mengurangkan pengeluaran air kolam dalam 500 JLH.
   
"Jadi keputusan kita selepas taklimat tadi, kita akan lihat semula dan minggu depan akan bincangkan lagi sama ada keperluan catuan air atau macam mana," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Dalam pada itu, Dr Ahmad Yunus memberi jaminan pihaknya akan mengeluarkan makluman berkenaan catuan bekalan air lebih awal bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat seperti sebelum ini.
   
Katanya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) juga telah diarah membuat pemetaan kawasan yang terjejas teruk semasa catuan bekalan air pada Mac lepas untuk pelan meletakkan lebih tangki air dan sebagainya jika catuan air dilaksanakan. - Bernama

Kemaskini pada 2014-08-08 10:01:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019