Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

07 Ogos 2014 : Pasangan beruang masuk perangkap

  • Dua beruang yang masuk ke dalam perangkap Perhilitan di TKPM Sungai Panjang, kelmarin.Dua beruang yang masuk ke dalam perangkap Perhilitan di TKPM Sungai Panjang, kelmarin.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, berjaya menangkap sepasang beruang yang didapati sering merosakkan tanaman di sekitar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Panjang di sini, petang kelmarin.

Pengarahnya, Rahim Ahmad berkata, dua beruang berkenaan masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan selepas pihaknya menerima aduan daripada Jabatan Pertanian Sabak Bernam berhubung ancaman haiwan berkenaan sejak sekian lama.

Bagi menangani masalah, itu, katanya, Perhilitan bertindak memasang sebuah perangkap beruang pada 29 April lalu, bagaimanapun hanya pagi kelmarin, pasangan beruang itu masuk ke dalam perangkap berkenaan.

“Kita terima aduan mengenai perkara ini sudah lama dan memasang perangkap lebih tiga bulan lalu, namun kita dimaklumkan bahawa beruang ini masuk ke dalam perangkap pada pagi semalam (kelmarin),” katanya.

Rahim berkata, enam anggotanya yang diketuai Pegawai Perhilitan Sabak Bernam, Ahmad Syawal Abdul Ghani bergegas dan tiba di lokasi kira-kira jam 2 petang kelmarin untuk menangkap kedua haiwan terbabit.

Beliau berkata, haiwan itu dipercayai sering mencari makanan seperti nangka dan pokok kelapa selain memusnahkan beberapa tanaman lain di kawasan itu hingga mengundang kerisauan Jabatan Pertanian mengenai serangan tersebut.

Katanya, kedua-dua beruang hitam itu kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (PMHLK) Sungkai, Perak bagi tujuan rawatan kesihatan dan pemantauan.

“Jika keadaan kesihatannya baik, kita akan lepaskan semula ke Taman Negara,” katanya.


Kemaskini pada 2014-08-08 09:49:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019