Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

06 Ogos 2014 : Jamin air terawat selamat diminum

PUNCAK Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) hari ini memberi jaminan kualiti bekalan air terawat yang diagihkan kepada Syabas dan pengguna adalah selamat dan mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan.
   
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Perhubungan Awam PNSB, Raja Rozaila Raja Azman dalam satu kenyataan berkata PNSB sebagai operator loji air yang bertanggungjawab turut mengarahkan pemantauan setiap hari logam berat di dalam air mentah dan terawat mulai 1 Ogos lepas.  
   
"Pemantauan setiap minggu sepanjang Jun dan Julai 2014 oleh PNSB menunjukkan bahawa kualiti air terawat secara keseluruhannya, termasuk logam berat di Loji Pembersihan Air (LPA) SSP2 dan Rantau Panjang, adalah mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan Kementerian Kesihatan.
   
"PNSB memaklumkan bahawa ia tidak berkompromi terhadap kualiti air terawat yang diagihkan kepada para pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Beliau berkata PNSB yang menyelia tiga buah empangan di Selangor mendapati keadaan musim kering yang sedang melanda negara ketika ini mengakibatkan paras air di Empangan Sungai Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Tasik Subang menurun sejak awal Jun lepas.
   
Katanya, paras air di empangan-empangan dijangka akan menurun lagi dalam keadaan musim kering yang berlarutan pada masa ini sebab tiada hujan di kawasan empangan. - Bernama

Kemaskini pada 2014-08-07 09:36:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019