Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

23 Julai 2014 : Jangan malu jumpa Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

  • Suee Lim meluangkan masa menziarahi sambil menghulur bantuan kepada penduduk di Dun Sekinchan.Suee Lim meluangkan masa menziarahi sambil menghulur bantuan kepada penduduk di Dun Sekinchan.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Pesakit kronik, warga emas dan penduduk miskin di Dun Sekinchan diminta supaya berurusan dengan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) masing-masing bagi memohon sebarang bantuan.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, mereka yang layak tidak seharusnya malu untuk berjumpa dengan pengerusi JKKK yang dilantik kerajaan negeri bagi mengenal pasti mana-mana penduduk susah untuk diberi bantuan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan sedaya-upaya membantu mereka yang kurang bernasib baik agar mereka diberi perhatian atau bantuan sewajarnya bagi memastikan tiada di antara mereka yang tersisih daripada menikmati sebarang bantuan.

“Kita minta supaya pengerusi JKKK dapat mengenal pasti mana-mana mereka yang layak agar tidak disisihkan supaya keperluan mereka dapat dibantu walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan keperluan harian,” katanya kepada Sinar Harian.

Suee Lim berkata, beliau sendiri turut melakukan kunjungan dari rumah ke rumah penduduk di Dun itu tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan rakyat di negeri ini merasai keprihatinan kerajaan negeri.

“Kita bantu siapa sahaja. Kita mahu jadi pemimpin yang adil kepada semua masyarakat tanpa mengambil kira fahaman politik; agama dan bangsa, asalkan semua rakyat dapat dibantu,” katanya.


Kemaskini pada 2014-07-25 11:43:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019