Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

21 Julai 2014 : Kaki pancing tak senang duduk

  • Atan menunjukkan buaya itu timbul di permukaan air di tiang konkrit jambatan (tengah) sungai terbabit.Atan menunjukkan buaya itu timbul di permukaan air di tiang konkrit jambatan (tengah) sungai terbabit.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Penduduk yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan udang di sekitar Sungai Bernam di sini, melahirkan kebimbangan dengan kemunculan buaya di sungai berkenaan sejak kebelakangan ini.

Penemuan buaya dipercayai bersaiz besar dan panjang itu mengejutkan penduduk kerana sebelum ini mereka tidak pernah terserempak reptilia itu meskipun mengakui kewujudan haiwan di sungai itu.

Penduduk, Mohd Daud, Boyot, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, pertengahan Jun lalu, dia yang sedang leka memancing di dalam sampan dikejutkan dengan objek seperti kayu balak hanyut di sungai berkenaan.

“Ingatkan balak hanyut, saya pun biarkan, tapi apabila diamati saya terkejut kerana ia bukan balak, sebaliknya seekor buaya sedang menongkah air sambil mulutnya ternganga luas,” katanya.

Mohd Daud yang menetap di Kampung Bagan Nira berhampiran sungai itu berkata, dia percaya buaya yang mendiami sungai itu berusia puluhan tahun tetapi sudah lama tidak muncul di permukaan.

“Orang tua kampung ramai yang dah meninggal dunia. Mereka lebih tahu tentang buaya.

“Saya tahu sungai ini memang ada buaya, tapi tak pernah muncul, bagaimanapun sejak akhir-akhir ini heboh diperkatakan tentang buaya hingga saya sendiri nampak depan mata sendiri,” katanya.

Mohd Daud berkata, sungai yang menjadi sempadan antara Sabak Bernam dan Teluk Intan, Perak itu sering menjadi tempat pembuangan bangkai haiwan dan ia mungkin menjadi faktor utama kehadiran reptilia itu.

“Mungkin buaya yang kerap muncul di permukaan sudah tua dan dah tak larat nak cari makanan sendiri, sebaliknya memakan bangkai lembu mati yang dibuang penduduk ke dalam sungai,” katanya.

Penduduk, Atan Adnan, 48, berkata, dia yang ketika itu berdiri di tiang batu konkrit untuk memancing udang di sungai itu dikejutkan kehadiran ‘sang bedal’ berenang laju di permukaan air menuju ke pokok nipah.

“Jarak saya dengan buaya waktu itu lebih kurang 10 meter. Tiba-tiba seluruh badan saya menggigil ketakutan.  Saya tak fikir panjang dan terus pulang ke rumah,” katanya.

Katanya, kemunculan reptilia itu perlu dihebahkan kepada orang ramai terutamanya kaki pancing dari luar yang datang memancing di situ  supaya mereka berwaspada agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini .

“Selain itu, ibu bapa juga diingatkan supaya mengawasi anak masing-masing dan tidak membiarkan mereka bermain seorang diri di sungai,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berwajib juga diminta melakukan pemantauan di sungai itu memandangkan ramai kaki pancing yang mendakwa terserempak dengan reptilia itu sebelum ini.


Kemaskini pada 2014-07-21 12:42:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019