Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

17 Julai 2014 : Meninggal dunia ketika tadarus al-Quran

  • Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya.Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya.
< 1 / 1 >

ALOR SETAR - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) meninggal dunia ketika sedang bertadarus al-Quran, hari ini.Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 pagi tadi apabila Ku Iqbal Ku Md Khir, 14, secara tiba-tiba rebah di sisi kawannya.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK, Johari Jaafar berkata, ia adalah kejadian pertama kali berlaku di sekolah itu.Beliau berkata, sebelum kejadian, semua pelajar diarah mengikuti majlis tadarus al-Quran yang diadakan setiap pagi di surau.“Keadaan pada pagi itu tenang dan semua pelajar menjalankan rutin harian pada bulan Ramadan dengan bertadarus al-Quran seperti biasa.“Tetapi secara tiba-tiba Ku Iqbal yang ketika itu sedang membaca ayat al-Quran kelihatan sedang menundukkan kepalanya secara perlahan-lahan sebelum rebah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sejurus kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada ahli keluarganya kira-kira jam 8.00 pagi.“Pemeriksaan awal doktor mengesahkan bahawa dia meninggal di tempat kejadian.“Perkara ini amat menyedihkan kami semua warga sekolah kerana dia seorang pelajar yang baik, ceria dan mendengar kata,” katanya.
 
Beliau berkata, jenazah kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.Johari berkata, pihak sekolah juga melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu keluarganya menguruskan jenazah.Jenazahnya disembahyang dan dikebumikan dekat Masjid Alor Semela di sini, selepas solat Asar.


Kemaskini pada 2014-07-17 10:44:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019