Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

11 Julai 2014 : Peneroka dapatkan penangguhan

  • Budiman bersama peguam yang mewakili sebuah firma guaman bersama-sama penduduk berharap isu Hutan Simpan Sungai Karang, Parit 14 Simpang Lima Sungai Besar mendapat penyelesaian sewajarnya.Budiman bersama peguam yang mewakili sebuah firma guaman bersama-sama penduduk berharap isu Hutan Simpan Sungai Karang, Parit 14 Simpang Lima Sungai Besar mendapat penyelesaian sewajarnya.
< 1 / 1 >

SUNGAI BESAR – Peneroka Hutan Simpan Sungai Karang, Parit 14 Simpang Lima akan mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap notis yang dikeluarkan pengarah perhutanan negeri berhubung arahan mengosongkan kawasan dan merobohkan binaan serta menghentikan aktiviti di hutan simpan berkenaan.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, peneroka akan cuba mendapatkan penangguhan dari segi perlaksanaan ditetapkan itu agar tindakan dan arahan yang dikeluarkan mengikut saluran undang-undang sedia ada.

Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama peneroka dan sebuah firma guaman yang dilantik bagi menguruskan isu yang dibangkitkan peneroka yang tinggal dan mengusahakan tanah di kawasan itu sejak lebih 40 tahun lalu.

“Memandangkan kita tak tahu tindakan seterusnya oleh pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Negeri, jadi tindakan ini perlu diambil untuk memastikan bahawa ia mengikut undang-undang dan saluran yang betul,” katanya.

Selain itu, Budiman berkata, semakan kehakiman yang dibuat itu adalah bagi memastikan hak peneroka sedia ada dijamin oleh undang-undang dan diberi hak dan keadilan yang sewajarnya oleh mahkamah.

“Agak musykil juga kenapa hutan simpan ini diberikan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan diurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) yang mana kita lihat adakah ia diberi kuasa oleh Akta Perhutanan Negara dan Kanun Tanah Negara,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa kawasan lain di negeri ini juga mengalami nasib sama dan tidak mahu lebih banyak lagi penerokaan kawasan hutan terus dimonopoli kerajaan negeri, sedangkan penduduk pula dipaksa berpindah ke tempat lain.

"Sebelum ini, notis arahan pengosongan dan merobohkan binaan serta menghentikan aktiviti di hutan simpan itu ditampal di pokok dan lorong kampung bagi memaklumkan tindakan serius Jabatan Perhutanan Negeri berhubung perkara berkenaan," katanya.

Sinar Harian 17 April lalu melaporkan, kira-kira 336 penduduk yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan pokok kelapa di hutan simpan itu berkemungkinan hilang punca pendapatan sekiranya kerajaan negeri masih bertegas mengambil alih tanah di kawasan terbabit.

Penduduk mendakwa, tanah yang diusahakan penduduk yang mula meneroka kawasan itu sejak 1948 itu akan diambil alih PKPS bagi tujuan menambah sumber pendapatan ekonomi negeri.

Malah, nasib tiga keluarga yang menetap di hutan simpan itu juga bakal hilang tempat tinggal sekiranya kawasan itu diambil alih kerajaan negeri bagi projek tanaman kelapa sawit yang diusahakan sepenuhnya PKPS.


Kemaskini pada 2014-07-11 11:45:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019