Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

03 Julai 2014 :Isteri mangsa bunuh ditahan

  • Noor Mushar bersama pegawainya menunjukkan Proton Saga digunakan suspek untuk berjumpa mangsa sebelum kejadian berkenaan.Noor Mushar bersama pegawainya menunjukkan Proton Saga digunakan suspek untuk berjumpa mangsa sebelum kejadian berkenaan.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya serta seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang tukang elektrik, Jamingan Hambali, 44, yang ditemui mati di dalam parit Jalan Haji Omar Kampung Banting, Sabak Bernam pada 23 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, wanita yang juga isteri mangsa,  berusia 35 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada kira-kira jam 6.10 petang tiga hari selepas penemuan mayat suaminya.

Menurutnya, teman lelaki wanita itu, 41, terlebih dahulu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang sementara anak saudara lelaki itu, 18, turut ditahan di Tanjong Nayan, Hutan Melintang, Perak.

“Ketiga-tiga suspek itu ditahan berasingan pada hari yang sama dan mereka akan direman sehingga esok (hari ini) dan kemungkinan akan dilanjutkan hingga mendapat tarikh untuk proses pendakwaan di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, penahanan isteri mangsa dilakukan selepas wanita itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan suspek sejak tiga tahun lalu.

“Mangsa yang mengetahui hubungan isterinya dengan suspek tidak berpuas hati sebelum suspek dan mangsa dipercayai membuat temu janji untuk berjumpa bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata, sehari sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya dan mengikut suspek dan anak saudara suspek menaiki sebuah Proton Saga milik suspek utama.

“Mangsa menaiki kereta itu dipercayai berada di tempat duduk penumpang hadapan, manakala suspek berada di tempat duduk penumpang belakang sementara anak saudara suspek memandu kereta,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai keesokannya dalam keadaan terlentang oleh anaknya di parit yang terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya sewaktu ingin ke sebuah kedai berhampiran.

“Mayat mangsa dinaikkan ke atas tebing parit oleh orang kampung dan hasil siasatan awal polis ketika itu mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dikesan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat pakar perunding Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mendedahkan punca kematian disebabkan tekanan di leher tulang,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan suspek dan merampas lima telefon bimbit; kad prabayar untuk di analisa bagi mengetahui data perhubungan antara suspek dan mangsa sebelum kejadian terbabit selain merampas sebuah Proton Saga lama.

Katanya, hasil siasatan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) juga berjaya mengesan sebanyak 16 cap jari dari dalam kereta terbabit dan telah dihantar ke Pusat Pendaftaran Penjenayah untuk dianalisa.


Kemaskini pada 2014-07-07 10:43:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019