Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 12 Dis 2013 : Workfare Information System bantu mangsa banjir

SHAH ALAM 12 DIS : Selangor akan memanfaatkan pembangunan sistem ‘Workfare Information System' bagi memudahkan usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata sistem itu juga membantu kerajaan negeri dan agensi terbabit untuk mengenalpasti mangsa banjir dengan lebih terperinci sebelum bantuan diturunkan.

rodziah pc green 20 jul 01"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, proses mengumpul maklumat berkenaan mangsa banjir mengambil masa lebih sehari. Dengan adanya sistem ini, agensi terbabit boleh mengemas kini maklumat dalam satu pangkalan data dan butiran lengkap boleh diperoleh dalam kadar lebih cepat.

"Dengan maklumat yang terkumpul itu, ia membantu mempercepatkan misi bantuan serta memastikan tidak ada mangsa banjir yang tercicir atau berlakunya pertindihan bantuan seperti yang berlaku di beberapa tempat sebelum ini," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Penggal lalu, kerajaan negeri sudah membangunkan sistem ‘Workfare Information System' selaras dengan dasar ‘daripada kebajikan kepada berdikari' (Wellfare to workfare).

Sistem yang dilaksanakan secara ‘web-based' itu memberi bantuan kepada rakyat Selangor dan boleh diakses oleh agensi, jabatan atau Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberi kebenaran untuk mengakses maklumat kerajaan negeri seperti sistem Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Rodziah berkata, kerajaan negeri sudah bersemuka dengan pelbagai agensi dalam usaha memastikan semua pihak bersiap sedia dengan peranan masing-masing jika bencana banjir melanda Selangor.

"November lalu, kita sudah memanggil pengarah daripada semua jabatan terbabit termasuk Yang DiPertua dan Datuk Bandar bagi membincangkan persiapan menghadapi banjir.

"Kita akan memberi tumpuan khusus untuk mencegah banjir kerana dijangkakan antara bulan ini hingga Februari akan datang, Selangor akan menghadapai taburan hujan luar biasa dan keberangkalian berlaku banjir itu tinggi," katanya.

 
 

Kemaskini pada 2014-06-27 11:25:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019