Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 11 Dis 2013 : 103 individu terima darjah dan bintang kebesaran Selangor

KLANG 11 DIS : Seramai 103 individu pelbagai latar belakang dikurnia pingat darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Majlis istiadat dihadiri kerabat Diraja Selangor, pembesar negeri, pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan Ahli Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dan pegawai kerajaan serta swasta.

04Mengetuai senarai penerima pingat adalah Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Bakke Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd, Datuk Ar Nik Mohamed Nik Mahmood yang menerima pingat Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor(S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Sri Dr Ali Hamsa, namun beliau tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed pula menerima Darjah Kebesaran Dato' Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran Datuk Setia.

Turut menerima darjah (S.S.I.S) ialah Pengarah Filem Pendek ‘Adrenalin', Colin Salem Parbury serta Aubry Rahim Mennesen, kedua-duanya menantu baginda.

Pada masa sama, seramai 11 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk manakala 13 lagi menerima Darjah Kebesaran Dato'- Sultan Sharafuddin Idris Shah(D.S.I.S) yang juga membawa gelaran sama.

02Sultan Sharafuddin turut mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor(S.M.S) kepada 13 individu dan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) kepada 15 individu.

Seramai 19 individu menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) dan 19 individu lain turut menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah(A.I.S).

Baginda juga mengurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) kepada tujuh orang pegawai kanan kerajaan yang mempamerkan khidmat cemerlang di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.


Kemaskini pada 2014-06-27 11:23:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019