Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 26 Nov 2013 : Insentif RM 100,000 untuk Pejabat Tanah dan Daerah cemerlang

SHAH ALAM 26 NOV : Kerajaan negeri menyediakan insentif RM100,000 bagi setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang cemerlang dengan hasil kutipan cukai dan premium melebihi 90 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata insentif itu diberikan sebagai menghargai komitmen dan galakan kepada warga kerja PTD untuk terus meningkatkan pencapaian mereka.

sidang dun 21-11-13 - 2Katanya, Kerajaan negeri turut menyediakan insentif sama kepada warga kerja Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang cemerlang atas kejayaan sama.

"Saya sudah minta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ketika zaman Barisan Nasional (BN) tetapi masih tidak dilaksanakan dan itu antara sebab kita bekukan lesen pendudukan sementara (TOL).

"Saya akan menyemak semula sama ada nasihat dan arahan ini diterima atau masih terdapat lagi amalan pemberian habuan tanah di luar pengetahuan kerajaan negeri," katanya.

shuhaimi shafieBeliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) sama ada kerajaan negeri masih meneruskan tradisi pemberian habuan tanah seluas 0.405 hektar kepada pegawai yang cemerlang seperti diamalkan ketika pentadbiran BN.

Menjawab soalan berasingan, Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) menjelaskan pemberian peruntukan pengurusan PTD dilakukan mengikut keperluan jumlah warga kerja.

"Oleh kerana itu, kita memberikan jumlah besar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling sebab mereka mempunyai warga kerja yang besar, berbanding Pejabat Daerah dan Tanah Sepang," katanya.

Beliau berkata, PTD digalakkan mengaplikasi penggunaan teknologi maklumat secara proaktif bagi meningkatkan produktiviti warga kerja untuk perancangan jangka masa panjang,.

02Terdahulu, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) bertanya kepada Abdul Khalid berkenaan terdapat perbezaan peruntukan pengurusan di kalangan semua 12 PTD di Selangor.

Katanya, PTD Sepang hanya memperoleh RM9 juta walaupun cemerlang daripada segi kutipan cukai, berbanding PTD Petaling yang diberikan peruntukan tinggi sehingga RM 13 juta.

 
 

Kemaskini pada 2014-06-27 11:20:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019