Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 1 Okt 2013 : Laporan Audit Negara rumuskan Hadiah Anak Masuk Universiti capai sasaran

KUALA LUMPUR 1 OKT: Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak Masuk Universiti yang diperkenal Kerajaan Selangor adalah baik dan mencapai sasaran.

Mengikut laporan itu, audit yang dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut.

"Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang disasarkan.

"Maklum balas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima wang hadiah juga adalah menggalakkan," kenyataan itu dipetik Harakah Daily.

Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke universiti diperkenal kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mulai 1 Julai 2008, lima bulan mentadbir negeri itu selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12.

Bantuan tunai RM1000 diberi kepada mereka yang ditawarkan melanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPT.

Dalam pada itu, Laporan Audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini.

Ia termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara rayuan.

 
 

Kemaskini pada 2014-06-27 11:11:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019