Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 8 Ogos 2013 : 20,000 rakyat pelbagai kaum hadiri Rumah Terbuka Kerajaan Selangor

581750_10151748664188901_222844621_n

 

SHAH ALAM 8 OGOS : Sambutan Aidilfitri tahun ini disambut meriah dengan lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Kerajaan Selangor di Dataran SUK di sini, hari ini.

 

Majlis bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu didatangi masyarakat dari segenap pelusuk yang mengambil peluang untuk bersua muka dan bersalaman dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, selain exco negeri, antaranya Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Iskandar Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Dr Ahmad Yunus Hairi serta Adun.

 

Diplomat asing, pemimpin parti politik, pelancong dan ketua jabatan kerajaan Selangor tambah menyerikan majlis yang dihoskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

 

Seramai 270 rakyat Selangor terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan Orang Asal turut dirai pucuk pimpinan negeri.

 

Abdul Khalid juga sempat meluangkan masa bersalaman bersama media sebelum menyerahkan 10,000 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

 

Pengunjung disajikan pelbagai juadah, kebanyakannya menu tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit, selain menerima pek ole-ole.


Kemaskini pada 2014-06-27 11:07:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019