Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 5 Jul 2013 :Pelajar Selangor Di Mesir Berada Dalam Keadaan Baik dan Terkawal

SHAH ALAM, 5 JUL : Seramai 1,479 pelajar Selangor di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan baik berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, meskipun Mesir dilanda siri perhimpunan besar-besaran baru-baru ini, namun lokasi kejadian adalah jauh daripada penempatan para pelajar.

Menurutnya, pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir sentiasa bekerjasama dengan pihak KBMK dalam menyalurkan maklumat berhubung situasi semasa yang berlaku di negara itu.

"Segala peraturan, pekeliling dan peraturan berkaitan keselamatan yang dikeluarkan sentiasa disampaikan kepada pelajar-pelajar Selangor untuk dipatuhi.

"Malah pejabat HEP Selangor Mesir sentiasa melaporkan perkembangan dan perubahan situasi semasa yang berlaku kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS)."

Dr Halimah berkata demikian di dalam sidang media selepas sesi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Jelas Halimah, semua pejabat HEP negeri juga diarahkan untuk membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam di rumah negeri masing-masing bagi mendapatkan perkembangan semasa, menerima aduan serta mendapatkan maklumat berkaitan rakyat Malaysia dan pelajar.

Tambahnya, satu jawatankuasa khas keselamatan peringkat negeri Selangor juga ditubuhkan bagi membincangkan persediaan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekirannya situasi bertambah buruk.

"Kebanyakan pelajar di sana sudah mula bercuti pada ketika ini setelah tamat peperiksaan akhir tahun. Malah ada sebahagian universiti yang menangguhkan kelas dan peperiksaan," katanya lagi.

Konflik terbaru di Mesir menyaksikan Presidennya, Mohammed Morsi, yang menang pilihanraya negaranya pada 30 Jun 2012 digulingkan oleh tentera Mesir pada 3 Julai.

 
 

Kemaskini pada 2014-06-27 11:01:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019