Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 2 Mac 2013 : Seminar Bagi Memupuk Penyertaan Wanita Dalam Program, Pimpinan Masjid

SHAH ALAM 2 MAC : Kerajaan Negeri hari ini melancarkan Seminar Wanita Masjid bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam program masjid dan bagi memupuk kepimpinan di dalam institusi masjid di Selangor.

 

Bertempat di Masjid Negeri pagi tadi, seminar yang julung-julung kali dianjurkan itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam.

Ini antara usaha perintis kita untuk memupuk semangat cintakan masjid di kalangan wanita seterusnya menjadikan mereka lebih berminat dan yakin untuk beribadat di masjid.

 

Di samping itu, kita juga berharap agar usaha ini dapat menyemai budaya cintakan ilmu dan maklumat di kalangan mereka, seterusnya membina asas kepimpinan wanita yang proaktif di masjid,â€Ã‚ ujar Abdul Khalid di hadapan hampir 2, 000 peserta.

Seminar Wanita Masjid Negeri Selangor 02Bagi mencapai segala objektif itu, tambahnya, Kerajaan Negeri juga akan memperlengkapkan setiap masjid di negeri ini dengan perkhidmatan internet wifi

Dengan ini, komunikasi yang lebih interaktif dapat diadakan dengan meluas secara online, yang pastinya memberi banyak manfaat kepada semua,â€Ã‚ jelas beliau.

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin ternyata gembira dengan sambutan yang diterima hari ini.

Kita jangkakan hanya sekitar seribu penyertaan tapi ternyata kita terima lebih ramai lagi (peserta).

Ini adalah satu petanda positif untuk program sebegini, jelas beliau.

 

Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut serta Timbalan Exco Hal Ehwal Islam, Dr. Abdul Rani Othman.


Kemaskini pada 2014-06-27 10:41:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019