Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 21 Feb 2013 : Sultan Selangor : Masih Banyak Kes Cerai, Harta Yang Ambil Masa Terlalu Lama

SHAH ALAM, 21 FEB : Hakim Mahkamah Syariah Selangor diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan keputusan kes kerana masih terdapat banyak rungutan tentang kes yang melibatkan penceraian dan pembahgian harta yang mengambil masa terlalu lama.

 

Sultan Pengurniaan Watikah Perlantikan Hakim 03

 

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ucapannya bertitah bahawa apabila Mahkamah Syariah melengah-lengahkan penghakiman, ia akan menyebabkan kehidupan mereka yang terlibat akan tergendala.

 

Tegas Baginda masih banyak rungutan daripada rakyat Selangor berhubung kes penceraian, pembahagian harta sepencarian, tuntutan nafkah dan pembahagian harta dan harta pusaka yang mengambil terlalu lama untuk mendapat keputusan.

Beta berkenan supaya segala aduan dan rintihan yang dikemukakan ke Mahkamah Syariah hendaklah difahami dan diambil tindakan dengan segera.

 

“Setiap aduan janganlah diambil secara lewa kerana mereka yang membuat pengaduan memerlukan keadilan untuk meneruskan kehidupan.

Sultan Pengurniaan Watikah Perlantikan Hakim 02“Oleh itu, Hakim-hakim Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah mestilah mempunyai perasaan perikemanusiaan dalam menangani perkara ini,â€Ã‚ titah Baginda lagi.

 

Baginda bertitah demikian semasa Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

 

Majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, di sini turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Dalam istiadat pengurniaan watikah itu, seramai tujuh orang dilantik sebagai Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.

Sultan Pengurniaan Watikah Perlantikan Hakim 04

 

Mereka adalah Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Seri Md Yusup Che Teh, Datuk Aidi Moktar, Datuk Hussin Harun, Datuk Yusof Musa, Datuk Mahammad Ibrahim dan Datuk Mohamad Abdullah.

 

Sementara itu, Yang Arif Dr Mohd Naim Mokhtar, Yang Arif Abu Bakar Mohd Daud dan Yang Arif Mohamad Zakian Dio dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Manakala Zainal Abidin Kusmin dan Muhamad Hafiz Moksin dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor.

 
 

Kemaskini pada 2014-06-27 10:38:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019