Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Berita 7 Feb 2013 : Elaun untuk pakar tanah

SHAH ALAM 7 FEB : Kerajaan Negeri Selangor akan meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri supaya memberikan elaun khas kepada kakitangan yang mempunyai kepakaran terhadap hal ehwal tanah.

 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata elaun itu wajar diberikan selepas pihak PTG mengadakan kursus kemahiran dan pendidikan kepada kakitangannya beserta sijil.

Saya mahu penjawat awam mempunyai kemahiran dan keupayaan yang luas. Kita bagi mereka ilmu dan dengan ilmu itu mereka dapat jalankan pelbagai tugasan.

Jika mereka lulus, kita bagi elaun. Di Selangor, kita mentadbir dengan telus, lebih lagi perkara yang melibatkan tanah.

Kita banyak selesaikan isu tanah yang berbangkit, contohnya kita berjaya selesaikan projek perumahan terbengkalai Bukit Botak dan Alam Perdana di Puncak Alam. Juga masalah kegagalan segelintir pemaju perumahan menjelaskan bayaran premium dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Oleh itu, mereka ini perlu belajar bagaimana cara kita mentadbir dan menyelesaikan masalah-masalah ini. Juga belajar sesuatu yang baru contohnya penggunaan teknologi atau sebagainya,â€Ã‚ katanya selepas Merasmikan Bengkel Pengurusan Tanah negeri bagi tahun 2008-2012.

Hadir sama Pengarah PTGS, Datuk Kamarulzaman Jamil dan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.

 

Tambahnya, dengan pendekatan itu, kakitangan dapat mempelajari dan mengubah cara pentadbiran yang diikuti sebelum Kerajaan Negeri yang baru ini.

Sekarang kita masuk ke peringkat menyelesaikan secara keseluruhannya iaitu masalah pemilikan dan pentadbiran tanah secara keseluruhannya, bukan separuh jalan sahaja.

Walaupun tidak mudah untuk mereka memahami perkara yang undang-undang tanah, tetapi ia satu kriteria yang membolehkan mereka jalani tugas dengan teratur,â€Ã‚ katanya.


Kemaskini pada 2014-06-27 10:33:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019