Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

20 Februari 2014 : Sinar Harian : Lagi hutan terbakar

SUNGAI SIPUT - Anggota bomba dan penyelamat akan memastikan kebakaran hutan di lereng bukit di Perlop 1, di sini, membabitkan kawasan seluas 250 hektar tidak merebak ke perkampungan berdekatan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ruhisha Haris berkata, kebakaran tersebut dapat dikawal dengan anggotanya berjaya membuat persempadanan api di sebelah kanan bukit dan menghalang api daripada merebak ke Gunung Korbu.

Menurutnya, anggota bomba akan ditempatkan berhampiran kawasan penempatan penduduk bagi memastikan perkara tidak diingini terjadi kepada penduduk kampung berdekatan.

“Keluasan keseluruhan kawasan adalah 265.8 hektar dan kawasan itu dimiliki oleh Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas). Kawasan yang masih terbakar pula seluas 100 hektar dan 170 hektar kawasan lagi yang terbakar telah terpadam dengan sendiri.

“Kita tidak menolak kemungkinan kemarau yang berlaku sejak dua bulan lepas mungkin menjadi punca kepada berlakunya kebakaran itu. Saya difahamkan kawasan ini sudah sebulan tidak menerima hujan.

“Buat masa ini, api masih dalam keadaan terkawal dan kita tidak bercadang untuk menggunakan khidmat helikopter. Kita akan dapatkan bantuan helikopter sekiranya keadaan mendesak,” katanya.

Menurutnya, sebuah jentera dan tiga kenderaan utiliti bersama 12 anggota dan pegawai menyertai operasi memadamkan kebakaran tersebut.

Katanya, beliau telah menghubungi ibu pejabat bomba negeri untuk mendapatkan bantuan dari segi anggota dan juga peralatan memadamkan kebakaran.

“Kita menerima panggilan pada 8.45 malam semalam (kelmarin) dan tindakan awal kita adalah mengarahkan anggota untuk memantau lokasi kebakaran.

“Pagi tadi, kita ambil tindakan untuk memantau dengan lebih dalam dan dari dekat, dari situ baru kita nampak dengan lebih jelas kebakaran tersebut dan kita ambil langkah untuk memadamkannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Kasuahdi Ali berkata, pihak polis telah berjumpa dengan Ketua Kampung dan Penghulu bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Menurutnya, langkah-langkah untuk memindahkan penduduk kampung akan diambil sekiranya perlu bagi mengelak berlakunya kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda akibat kebakaran itu.

“Kita akan berhubung dengan bomba dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini daripada mereka dan maklumat ini akan disalurkan kepada penduduk kampung.

“Kita juga akan membuka pusat kawalan operasi berhampiran kawasan kebakaran dan akan memantau kebakaran ini secara berterusan.

“Polis juga akan melihat beberapa aspek yang boleh dalam membantu anggota bomba menjalankan tugas mereka,” katanya.

Kemaskini pada 2014-02-20 11:03:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019