Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

18 Februari 2014 : Sinar Harian : Lelaki liwat anak saudara dicari

SABAK BERNAM – Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Sungai Besar bagi membantu siasatan berhubung kes liwat yang dilaporkan berlaku petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, lelaki terbabit yang tidak memiliki pekerjaan tetap amat dikehendaki polis bagi membantu menyelesaikan kes liwat terbabit.

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai menghilangkan diri sejak laporan polis dibuat dan lelaki itu diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk diambil keterangan.

“Polis masih meneruskan gerakan mengesan lelaki terbabit dan minta kerjasama daripada orang awam yang mengenali lelaki ini supaya tampil memberi maklumat jika terserempak serta mengetahui lokasi lelaki itu bersembunyi,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan niat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran, bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki itu dipercayai datang ke rumah neneknya dan apabila tiba di rumah berkenaan, mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah berkenaan.

Bagaimanapun, suspek dipercayai menyuruh mangsa mengambil pengecaj telefon bimbit di bilik atas rumah terbabit dan mengekori mangsa sebelum menutup pintu bilik sebelum bertindak memegang kemaluan serta meliwat mangsa.

Mangsa kemudiannya sempat menendang suspek hingga terjatuh dan melarikan diri sebelum kejadian itu disedari bapa saudaranya yang lain dan isterinya yang ketika itu berada di ruang tamu rumah.

Bapa saudara dan isterinya itu yang mengesyaki ada sesuatu telah terjadi kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa melalui Facebook.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan.


Kemaskini pada 2014-02-19 15:13:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini126
Jumlah PelawatJumlah Pelawat350221
Visitor count : 350221 Tarikh Kemaskini: 12-11-2019