Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

14 Februari 2014 : Sinar Harian : Sokong projek kelapa sawit

SABAK BERNAM – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sungai Air Tawar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dun Sungai Air Tawar menyokong penuh projek tanaman kelapa sawit yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam.

Penyelaras PKM Dun Sungai Air Tawar, Ahmad Mustain Othman berkata, PKPS diminta mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan haiwan perosak tanaman seperti monyet, lotong dan babi hutan dapat dikawal dan tidak masuk ke kampung.

Menurutnya, serangan haiwan liar itu sebenarnya bukan sahaja membelenggu penduduk Sungai Tengar Utara kerana penerokaan tanah tersebut, tetapi ia telah berlaku sejak sekian lama terutama di Sungai Apong, Teluk Rhu, Kampung Banting, Sekendi dan di kawasan berhampiran.

“Saya nak bagi tahu bahawa perkara ini (haiwan liar berkeliaran di kawasan kampung dengan memusnahkan tanaman) bukan baharu berlaku tahun ini kerana penerokaan hutan terbabit, tapi ia (telah) berlaku lama di kawasan ini.

“Terlampau banyak monyet, lotong dan babi hutan terutama selepas pembangunan Sungai Lang dan projek ternakan udang di sepanjang persisiran Pantai Sungai Apong sehingga ke Sekendi,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Mustain juga menyangkal dakwaan penduduk kononnya ban yang dibina sebagai penahan benteng hakisan itu pecah akibat daripada aktiviti penebangan hutan, sebaliknya masalah hakisan itu berlaku sebelum penerokaan hutan terbabit.

“Kejadian ban pecah berlaku pada 7 Oktober tahun lalu, sedangkan PKPS hanya melaksanakan projek ini pada 25 November, jadi kami menafikan kononnya projek penebangan hutan itu sebagai punca kepada masalah hakisan,” katanya.

Malah katanya, jika PKPS terus melaksanakan projek itu, beliau yakin agensi itu akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah hakisan dan kemudahan infrastruktur seperti jalan.

Selain itu katanya, dengan adanya projek itu, PKPS boleh menawarkan pekerjaan kepada golongan muda di kampung itu bagi menambah sumber pendapatan sekali gus mengurangkan masalah pengangguran.

“Di kampung ini tiada peluang pekerjaan dan kebanyakan golongan muda berhijrah ke tempat lain dan dengan adanya projek ini ia akan membuka peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Mustain menggesa agensi kerajaan terlibat seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Pertanian serta jabatan kerajaan bertanggungjawab lain mengambil tindakan berkesan dalam menangani masalah tersebut.

“Kami juga difahamkan berlaku pemindahan monyet dari kawasan lain yang dilepaskan ke kawasan ini dan kami minta supaya perkara ini turut disiasat dengan lebih mendalam.

“Kita juga sedang merancang untuk mengadakan sesi dialog antara PKPS dan penduduk setempat dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah tersebut,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan, kira-kira 50 penduduk Sungai Tengar Utara Sabak Bernam mengadakan perhimpunan aman bagi membantah penebangan hutan yang dilakukan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi perlaksanaan projek tanaman kelapa sawit.

Penduduk mendesak agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi
turun padang menangani masalah tersebut.

Perhimpunan selama kira-kira 30 minit itu turut menggesa kerajaan negeri menghentikan penebangan hutan di kawasan itu berikutan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem alam semula jadi, masalah hakisan tebing Sungai Bernam selain memusnahkan habitat asal di kawasan berkenaan


Kemaskini pada 2014-02-19 12:31:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini204
Jumlah PelawatJumlah Pelawat345139
Visitor count : 345139 Tarikh Kemaskini: 18-10-2019