Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

03 Februari 14 : Sinar Harian : Rogol wanita OKU dalam stor sekolah

SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

“Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.

Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikan
sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.

“Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol,” katanya.

Noor Mushar berkata, polis yang menerima maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok pengawal
keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi menjalani
pemeriksaan lanjut.

“Polis turut menahan suspek lelaki berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Kemaskini pada 2014-02-06 14:46:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019