Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Cukai Tanah

Bayaran Cukai Tanah perlu dijelaskan sebelum 1 Jun pada setiap tahun. Jika tidak dijelaskan pada tarikh tersebut, notis tuntutan akhir (Notis 6A) boleh dikeluarkan. Sekiranya tidak dijelaskan juga dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis 6A, maka tindakan MERAMPAS tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 boleh dikenakan.

Bayaran Cukai Tanah boleh dibuat di mana-mana lokasi berikut :-
1. Semua kaunter Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
 

2. Semua kaunter Pejabat Daerah Negeri Selangor 

3. Semua kaunter Pejabat Pos di Selangor dan Wilayah Persekutuan 

4. Secara Online melalui laman web bank berikut : (Muat turun : Manual Pengguna Pembayaran Cukai Tanah Secara Online)

 

Senarai pautan laman bank dan agensi untuk pembayaran Cukai Tanah Selangor :

www.maybank2u.com.my

www.cimbclicks.com.my

www.mbfcards.com

www.rhb.com.my

www.posonline.com.my

www.ambg.com.my 

www.bankislam.biz

www.hsbc.com.my

 

KAEDAH-KAEDAH PEMBAYARAN YANG DISEDIAKAN:
1. Untuk bayaran menggunakan PERBANKAN ONLINE
sila pilih pada senarai penerima bayaran, Bayar Kepada/Payment To :
 Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau Pejabat Tanah & Galian Selangor

2. Untuk bayaran menggunakan CEK/KIRIMAN WANG POS/BANK DRAF:

1. Atas nama : Bendahari Negeri Selangor
2. Dipalang 'Akaun Penerima Sahaja'
3. Catatkan Nama, No Kad Pengenalan, Alamat pembayar serta maklumat pengenalan hakmilik/geran di muka belakang cek/kiriman wang/wang pos/bank draf.

3. Untuk bayaran menggunakan KAD KREDIT:
1. Hanya diterima di mana-mana Kaunter Unit Hasil Pejabat Daerah serta Pejabat Tanah & Galian Selangor sahaja.

4
Untuk bayaran secara TUNAI :
1. Boleh dibuat dikaunter-kaunter SEMUA PEJABAT DAERAH/MAJLIS BANDARAYA, MAJLIS PERBANDARAN & MAJLIS DAERAH seluruh Negeri Selangor  
2. PEJABAT POS seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nota : 
Bagi kes pembayaran cukai tanah melalui Cek dan e-Payment, semua urusniaga tanah dikaunter TIDAK DAPAT DIPROSES sehingga bayaran tersebut telah DIAKUI SAH OLEH PIHAK
BANK.

FI TUNGGAKAN
Kadar fi tunggakan yang akan dikenakan jika pembayaran dibuat selepas 31 Mei pada setiap tahun :
KADAR  FI DIKENAKAN
RM 10.00 DAN KURANG  : RM 1.00
RM 10.01 -  RM 50.00  : RM 2.00
RM 50.01 - RM 100.00  : RM 5.00
> RM 100.00  :  7% daripada jumlah perlu bayar



 

 

:: Klik Untuk Informasi Mengenai Cukai Negeri

 



Kemaskini pada 2016-11-10 17:02:02 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini8
Jumlah PelawatJumlah Pelawat345422
Visitor count : 345422 Tarikh Kemaskini: 21-10-2019