Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

2 Februari 2014 : Sinar Harian : Beri peluang OKU tunjuk bakat

SUNGAI BESAR – Masyarakat seharusnya memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan orang kurang upaya (OKU) dalam sesuatu bidang daripada terlalu fokus kepada aspek kekurangan yang dihadapi golongan berkenaan.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, masyarakat seharusnya sedar bahawa golongan itu turut berperanan dalam memberi sumbangan kepada negara terutama dalam aspek ekonomi, pendidikan dan kerjaya.

Menurutnya, memiliki kekurangan sama ada dari segi fizikal, mental mahupun intelektual bukan ukuran bagi masyarakat lain untuk memandang rendah apa sahaja yang dilakukan golongan berkenaan.

“Masyarakat diharap memahami situasi yang dihadapi golongan ini, seterusnya memberi lebih ruang kepada mereka menunjukkan potensi supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada OKU dan warga emas di Dun Sungai Panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Budiman berkata, masyarakat perlu bersikap lebih terbuka menerima kehadiran golongan istimewa itu dan memberi ruang kepada mereka menunjukkan bakat yang terpendam.

“Mereka mempunyai impian dan idea yang tersendiri, jadi kita harus beri peluang kepada golongan itu dan bukan bertindak sebagai penghalang cita-cita mereka.

“Kita juga perlu memahami dan mendengar pandangan mereka dan jangan mempersoalkan kemampuan serta kebolehan mereka,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pendidik, pembimbing dan seluruh masyarakat diminta supaya mendampingi OKU bagi memahami keperluan mereka, sekali gus membela nasib golongan terbabit.

“Golongan OKU perlu diberikan hak yang sama seperti individu lain terutama dalam aspek pendidikan supaya mereka berpeluang meningkatkan kualiti hidup ke tahap yang lebih baik.

“Tidak kira apa juga jenis dan tahap ketidakupayaan yang dialami seseorang OKU itu, mereka seharusnya tidak dikecualikan daripada terus mendapat pendedahan atau bimbingan,” katanya.

Beliau berkata, melalui pendidikan misalnya akan memberi peluang kepada golongan OKU mengurangkan kebergantungan hidup terhadap keluarga, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Dalam pada itu menurutnya, golongan pendidik juga perlu mempunyai pengetahuan asas dalam aspek pendidikan khas bagi membantu memudahkan tugas dalam mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran.

“Aspek pendidikan khas adalah antara perkara yang amat penting kerana tanpa pengetahuan secukupnya mengenai perkara berkenaan, tugas sebagai pendidik tidak akan sempurna dan bakal menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya.

Kemaskini pada 2014-02-03 14:34:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini204
Jumlah PelawatJumlah Pelawat345139
Visitor count : 345139 Tarikh Kemaskini: 18-10-2019