Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

10 Januari 2014 : Sinar Harian : Bas elektrik mesra alam

MELAKA - Rakyat menyambut baik usaha kerajaan negeri dalam menyediakan perkhidmatan bas elektrik baru-baru ini sekali gus sebagai penambahbaikan pengangkutan awam di negeri ini.

Malah rata-rata mereka berpandangan, usaha berkenaan sekali gus seiring dengan dasar negeri ini yang mengamalkan teknologi hijau.

Abdul Ghafar Salim, 59, berkata, rakyat Melaka berbangga dengan perkhidmatan bas berkenaan yang dianggap lebih mesra alam.

“Saya berharap perkhidmatan bas elektrik ini dapat diperluas lagi hingga ke semua daerah di negeri ini,” katanya.

Rohana Udin, 59, turut melahirkan kebanggaannya kepada pucuk pimpinan negeri yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron banyak melaksanakan pembaharuan sebaik mentadbir negeri Melaka.

“Makcik pasti, beliau (Idris) telah membuat pelbagai perancangan dan akan terus melaksanakan pembaharuan demi menyejahterakan rakyat di negeri ini,” katanya.

Peniaga runcit, Wong Kiang Wong, 68, yang berkesempatan menaiki bas elektrik tersebut berkata, Melaka bakal memiliki prasarana yang tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Keadaan di dalam bas elektrik ini amat selesa dan bunyi enjinnya juga agak senyap sekali gus membuatkan penumpang tidak sedar telah sampai ke destinasi dituju.

“Perkhidmatan bas elektrik ini boleh dinaiki pelbagai peringkat usia termasuk golongan orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Kemaskini pada 2014-01-10 11:33:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini64
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338635
Visitor count : 338635 Tarikh Kemaskini: 21-09-2019