Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan - soalan yang sering ditanyakan oleh para pengunjung portal ini. Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan lain, sila e-melkan ke sbernam@selangor.gov.my

 

Soalan :

Sekiranya saya ingin membayar cukai tanah, bolehkah saya membayarnya di Pejabat Pos ? Bolehkah saya menggunakan POS Online ?

 

Jawapan :

Cukai tanah boleh dibayar di semua kaunter Pejabat Pos di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Cukai tanah juga boleh dibayar menerusi POS Online.

 


 

 

Soalan :

Bagaimana saya ingin menyemak bil hasil tanah ?

 

Jawapan :

Bil hasil tanah boleh disemak secara online di Pertanyaan Bil Hasil Tanah Online.

 


 

 

Soalan :

Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?


Jawapan :
Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan dikemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

 


 

 

Soalan :
Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?


Jawapan :
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah. Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

 


 

 

Soalan :
Bolehkah Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?


Jawapan :
Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip.

 


 

Kemaskini pada 2013-10-07 14:19:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini5
Jumlah PelawatJumlah Pelawat355784
Visitor count : 355784 Tarikh Kemaskini: 11-12-2019