tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
WhatsApp_Image_2020-08-05_at_16.13_.50_.jpeg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

           selangorSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

SKIM BANTUAN TADIKA (TUNAS)

    Skim  Bantuan Tadika Selangor atau TUNAS  adalah  satu  lagi  program  MES  yang berkait  rapat dengan pendidikan. Kerajaan Negeri Selangor  sentiasa serius dengan

    pendidikan, terutama pendidikan awal. Sebelum ini ada Program Tuisyen Rakyat, Hadiah Masuk Universiti dan kini TUNAS, Skim Bantuan Tadika Selangor.

    

    Bantuan  yang  dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak  RM 50 , setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan  dalam bentuk wang tunai sebaliknya

    dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

 

    Pada peringkat awal,kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah.Peringkat berikutnya,kelayakan untuk ibu bapa yang berpendapatan

     RM2,500 ke bawah akan dipertimbangkan.

 

    TUNAS mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

    1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

    2. Sama ada:

    a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

    b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

    c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu /

        Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

    3. Pendapatan seisi rumah RM2,500 ke bawah

    4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

    5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

    

    Skim istimewa ini ditadbir oleh:

    RANTAIAN MESRA SDN. BHD.
    Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, 
    No. 3, Jalan Indah, 
    Seksyen 14, 
    40000 Shah Alam
    Tel: 03-55103468 / 03-55103472 
    Faks: 03-5510 3455

    Laman web untuk Skim TUNAS: http://www.e-tunas.org


Kemaskini pada 2017-06-13 11:12:49 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini279
Minggu IniMinggu Ini6168
Bulan LepasBulan Lepas77715
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1347514
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1347514 Tarikh Kemaskini : 28-11-2020