tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
WhatsApp_Image_2020-08-05_at_16.13_.50_.jpeg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

Mukim Damansara : Kampung Bukit Lanchong

 

                   Kampung Bukit Lanchong ini terletak di Mukim Damansara daerah Petaling. Sebelum pemisahan Wilayah Kuala Lumpur pada tahun 1971, kampung ini terletak di daerah Klang. Sebelum persempadanan pilihan raya 2004, kampung ini terletak di DUN Sungai Renggam dan Parlimen Shah Alam. Di sebelah utara Kampung Bukit Lanchong ini, terdapat sebuah kawasan perumahan yang terkenal iaitu ’Putra Height’, pada sebelah timur terletaknya ’Bandar Taman Alam Megah’,  Seksyen 28 terletak di bahagian selatan dan di sebelah barat pula adalah Sungai Klang.

                    Kampung ini terletak di dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang diwakili oleh YB. Tuan S. Vigneswaran a/l M. Sanasee, manakala untuk bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN Sri Muda) ia diwakili oleh YB. Dato' Amzah b. Umar. Kampung Bukit Lanchong ini diletakkan di bawah seliaan seorang penghulu mukim iaitu Tuan. Haji Bahuddin b. Jaafar dan diketuai oleh seorang ketua kampung yang bernama Tn. Hj Nor Robhim b Sengan.

 

                    
                  Jumlah penduduk di Kampung Bukit Lanchong ini ialah berjumlah 5,075 orang penduduk, di mana penduduk lelaki adalah seramai 2,759 orang iaitu 54.4 peratus, manakala untuk penduduk wanita ianya mencatat 2,316 orang iaitu 45.6 peratus. Golongan belia mencatat seramai 338 orang iaitu 6.6 peratus,kanak-kanak mencatat 22 peratus iaitu seramai 1,135 orang dan untuk warga emas pula ia mencatat 0.16 peratus iaitu seramai 8 orang. Penduduk Melayu mencatat peratusan tertinggi iaitu 99.8 peratus diikuti kaum India mencatat 0.2 peratus.

 

                   Jika ditinjau dari segi kegiatan ekonomi di Kampung Bukit Lanchong ini ianya di dominasi oleh kegiatan perniagaan kecil-kecilan seperti pembukaan kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan. Terdapat juga beberapa bengkel kenderaan dan motor yang dibuka untuk kemudahan penduduk kampung membaiki kenderaan mereka yang rosak. Dari segi pemilikan rumah pula, daripada 1,021 buah rumah yang terdapat di kampung ini, 87.7 peratus adalah dari binaan batu, 9.5 peratus adalah dari binaan kayu dan 2.8 peratus adalah dari binaan separa batu dan kayu.

 

Jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK) Bukit Lanchong

 

                   Untuk Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Bukit Lanchong ini, Tuan Haji Bahuddin b. Jaafar telah dilantik sebagai penasihat di dalam ahli jawatankuasa ini. Gerakan JKKK ini dipengerusikan oleh Tn. Hj Nor Robhim b Sengan, beliau dibantu oleh Setiausahanya Tn. Hj. Salim b. Mukri. Di bawah gerakan JKKK ini terdapat beberapa ahli-ahli jawatankuasa yang lain seperti, Ajk Masjid, Ajk Pendidikan, Ajk Ekonomi, Ajk Pemuda, Ajk Wanita dan Ajk Keselamatan. Antara matlamat-matlamat penubuhan AJK-AJK kecil ini ialah untuk menjaga kepentingan anak-anak muda kampung daripada anasir-anasir yang tidak sihat, melahirkan generasi berilmu dan beramal, mewujudkan satu keluarga satu perniagaan, memastikan keselamatan kampung terjamin, mewujudkan golongan wanita dan pemuda yang berdaya saing dan maju dan sebagainya.

 

Institut dan Kemudahan bukit Lanchong

 

                  Jika ditinjau dari segi aspek penyediaan kemudahan didapati terdapat beberapa kemudahan-kemudahan yang telah disediakan untuk masyarakat kampung ini. Untuk kemudahan keagamaan terdapat sebuah masjid yang diberi nama Masjid ’Hidayatul Muttaqin’ disediakan bagi kemudahan penduduk setempat dan sekitar melaksanakan ibadah dan juga aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain seperti mengadakan ceramah-ceramah agama,kelas-kelas fardhu ain, kursus haji, sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya. Untuk kemudahan pendidikan di peringkat awal, Tabika Kemas Kampung Bukit Lanchong turut dibina,antara kemudahan pendidikan lain yang terdapat di kampung ini ialah ’Sekolah Rendah Agama Rakyat’ yang berperanan didalam menyediakan pendidikan agama kepada anak-anak penduduk kampung ini. Terdapat juga ’Bilik Gerakan JKKK’ untuk kemudahan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) melakukan mesyuarat bulanan atau tahunan.

 

                  ’Dewan Serbaguna’ turut disediakan untuk kemudahan masyarakat Kampung Bukit Lanchong ini melakukan kegiatan-kegiatan riadah seperti bermain badminton, sepaktakraw dan sebagainya. Kemudahan ibadat untuk kaum India juga tidak dilupakan dimana terdapat sebuah kuil India disediakan untuk kemudahan mereka di kampung ini. Antara kemudahan lain ialah sebuah ’Padang Bola’ untuk penduduk kampung melakukan aktiviti riadah dan sukan terutamanya untuk bermain bolasepak.


Kemaskini pada 2016-05-18 10:57:47 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini0
Minggu IniMinggu Ini4378
Bulan LepasBulan Lepas26330
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1233190
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1233190 Tarikh Kemaskini : 24-09-2020